Jumaat, Mei 16, 2008

Satu mesej..

Assalamualaikum..

"Kepada semua kawan-kawan yang dikasihi. Jika anda mendapat panggilan telefon yang bernombor panjang, contohnya +62852731520946 dan nombor berwarna merah, diharap sangat agar jangan diangkat dan dijawab panggilan itu. Ini kerana di Indonesia sekarang, sekumpulan penuntut ilmu hitam sedang menguji ilmu mereka melalui telefon. Sesiapa yang menjawab panggilan itu, mulut akan berbu.........."

Begitulah ayat di dalam mesej yang dihantar oleh bapa saudaraku, AyahCik, ke handphoneku malam tadi. Mungkin ayatnya terlalu panjang sehingga hanya sebahagian sahaja daripada ayat-ayat itu selamat tiba di handphoneku. Sebaik sahaja menerima mesej itu, aku membaca sekali lalu sahaja.

"Siapa hantar mesej tu, bang?"

"AyahCik."

Itu sahaja jawapan daripadaku. Aku mengantuk kerana malam sudah agak lewat. Aku pasti, isteriku juga mengantuk. Lantas, aku tidak menghiraukan mesej itu.


Pagi tadi, sebaik sahaja aku tiba di tempat kerja, handphoneku berdering.

"Abang, Abang dapat tahu mengenai satu panggilan tak? Nombor dia panjang, lepas tu warna merah. Heboh kat ofis Sayang hari ni."

"Laa.. Sebenarnya mesej pasal tu lah yang AyahCik hantar malam tadi, Sayang. Abang pun baca sekali lalu je."

"Owh.. Ye ke? Sayang tak tanya, dan Abang pulak tak beritahu malam tadi."

"Erm. Mengantuk sangat. Abang nampak, Sayang pun letih je."

Aku sekadar ingin berkongsi mengenai mesej itu. Untuk mempercayainya atau pun tidak, terpulang kepada diri kita sendiri. Yang paling penting, langkah berjaga-jaga mesti diambil supaya risiko dapat dikurangkan.


Cetak catatan ini..

4 ulasan:

Wasunni Al-Kelantani berkata...

Ku Lan,

ini SMS Propaganda semata-mata..usah kita percayai..semuanya bermula dari seorg remaja perempuan di Indonesia yg sebar SMS ini kepada rakan2 sekadar utk bergurau tp telah disebarkan sehingga ke MSIA...tp tak tahulah yg betulnya mcmana

mohd nasir berkata...

Sila rujuk : www.drmaza.com

Komen dari Mufti Muda Kerajaan Negeri Perlis...Syukran.

zamry berkata...

sihir adalah benda yang tersembunyi
Kalau boleh buat secara terang-terangan maknanya bukan sihirlah... Ulasan Tuan Guru Dato' Dr Haron Din pada 19/5

AzlanSajirah berkata...

Terima kasih untuk komen-komen yang diterima. Saje je tulis pasal benda ni untuk dapat respon daripada pengunjung-pengunjung blog ni..

Disediakan oleh Tengku Azlan || Hakcipta Terpelihara © 2008