Ahad, Mei 30, 2010

Ummair semakin aktif!

Assalamualaikum..

Pada usia setahun, Ummair semakin aktif. Ini adalah petanda baik bagi perkembangan seorang anak. Bagi abi dan ummi juga, ini adalah masa yang paling sesuai untuk 'beriadhah' di dalam keselesaan rumah.

Walaupun Ummair masih belum dapat berjalan, pergerakan Ummair memang cepat dan pantas, sehingga kadang-kadang abi atau ummi terlepas pandang, sehingga tiba-tiba Ummair sudah berada di tempat yang kurang selamat.

Ummair dengan timbunan hanger..


Khusyuk mengira..


Pada waktu itu, memang tenaga abi dan ummi sangat diperlukan untuk memastikan Ummair bermain di tempat yang tidak membahayakan dirinya.

Alhamdulillah. Walaupun sedikit penat, melayan kerenah putera kami adalah sebahagian daripada kegembiraan kami. Semoga Ummair membesar dengan cerdas dan cergas!

[+] Baca seluruh catatan ini..

Khamis, Mei 27, 2010

"Mana Tengku Muhammad Ummair?"

Assalamualaikum..

Semakin hari, Ummair semakin pintar dan cergas. Alhamdulillah, syukur dipanjatkan kepada Yang Maha Esa di atas anugerah terindah ini ke dalam hidup kami berdua.

Antara gelagat Ummair yang mampu membuat kami tersenyum ialah reaksinya apabila diajukan soalan ini kepadanya, "Mana Tengku Muhammad Ummair?" atau "Siapa pandai?".


Habis sahaja mana-mana ayat itu, terus tangannya diangkat sebagai tanda mengesahkan bahawa yang disahut itu adalah namanya atau mengakui bahawa dia adalah si pintar itu.

Kadang-kadang, belum sempat habis ayat kami, tangan dia sudah tegak ke atas!

[+] Baca seluruh catatan ini..

Rabu, Mei 26, 2010

Genap setahun usia Ummair..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, hari ini genaplah setahun usia putera sulung kami yang kami namakan Tengku Muhammad Ummair. Teringat pula kenangan pada waktu ini dan tarikh ini pada tahun lepas.

Ummair pada 26 Mei 2009..


Ummair pada 26 Mei 2010..


Sebelum saat kelahiran tiba, aku menuggu di luar wad dengan penuh keresahan. Hati memang meronta-ronta ingin berada di samping isteri tercinta agar kesakitan yang ditanggung menjadi sedikit ringan. Sebagai seorang suami dan bakal bapa ketika itu, jika diberi peluang, sememangnya aku ingin menanggung segala-galanya tetapi apakan daya, Allah memilih kaum ibu untuk memikul tanggungjawab yang sangat besar itu. Allah itu Maha Mengetahui tentang apa yang tidak kita ketahui.

Syukur sekali lagi kerana aku berpeluang menemani isteriku ketika hampir tiba saat kelahiran. Aku memberikan sokongan sepenuhnya agar isteriku lebih tabah menghadapi situasi itu. Doa dan kata-kata semangat terus aku bisikkan ke telinga isteriku.

Setelah mengharungi saat-saat yang mendebarkan itu, akhirnya putera sulung kami selamat dilahirkan. Terima kasih Tuhan. Aku sangat gembira. Kegembiraan itu lebih terserlah pada wajah isteriku setelah berjaya melepasi situasi genting sebelum itu.

Antara kegembiraan isteriku selain daripada kegembiraan melahirkan putera kami ialah pengalaman menyusukan Ummair pada kali pertama hari itu. Walaupun aku tidak pernah dan tidak akan pernah dapat merasai pengalaman itu, aku dapat merasakan bahawa saat itu paling bererti dalam sejarah hidup isteriku kerana setelah sekian lama menanti saat menyusukan bayi kami, akhirnya hajat itu tercapai jua pada ketika itu, sehingga berjaya Ummair disusukan secara eksklusif selama setahun dengan susu ibu sahaja. Sekalung tahniah aku ucapkan kepada ister tercinta.

Aku terus mengazankan bayi kami. Sekarang, Ummair memang gemar mendengar azan. Bila azan mula berkumandang di kaca televisyen, memang matanya akan terpaku seketika sehingga azan selesai.

"Ummair ingat waktu abi azan dulu ye?" aku mula mengimbau kenangan indah itu.

[+] Baca seluruh catatan ini..

Isnin, Mei 24, 2010

Ummair seiras Ayoh Do?

Assalamualaikum..

Di samping seiras dengan ibu dan/atau ayah kandung, menurut kata orang tua-tua kita, seseorang anak juga dikatakan mungkin ada iras dengan ibu atau bapa saudaranya.

Mungkin wajah Ummair (1 tahun) ada sedikit iras dengan wajah bapa saudaranya (adikku yang kelapan) yang dipanggil Ayoh Do (10 tahun).

Ummair diriba oleh Ayoh Do (Raja Azhan)..

[+] Baca seluruh catatan ini..

Khamis, Mei 13, 2010

Dulu 'blog kita', sekarang sudah jadi 'blog Abang'..

Assalamualaikum..

Agak lama blog ini tidak bertulis. Sebenarnya aku sibuk menyiapkan blog isteriku. Suatu ketika dahulu aku pernah menyuarakan cadangan agar isteriku mempunyai blog sendiri kerana begitu banyak perkara ingin dikongsi dengan kaun ibu mengenai penyusuan susu ibu.

"Tak pe lah bang. Sayang belum bersedia. Lagipun, Sayang boleh menulis dalam blog kita ni kalau Sayang teringin nak menulis", jawab isteriku ketika itu.

Selama ini, aku menulis mengenai perkara tersebut berdasarkan pandanganku sebagai suami dan bapa. Mungkin tidak ramai penulis yang berminat untuk membuat catatan mengenai isu wanita seperti ini. Mungkin hanya beberapa peratus yang meluagkan sedikit masa untuk menyatakan pandangan mengenai isu wanita dari perspektif lelaki.

Mungkin disebabkan sudah lama memendam perasaan untuk mempunyai blog sendiri ditambah pula dengan adanya sedikit masa yang boleh diluangkan untuk menulis blog di pejabat baru, isteriku meminta aku menyediakan satu blog untuknya.


Akhirnya, blog yang diberi nama Ummi Ummair ini siap dan bakal dipenuhi dengan pengalaman isteriku menyusukan Ummair dengan jayanya setakat ini!

Bermula pada saat itu, perbualan kami mengenai blog sudah sedikit berubah.

"Abang, Abang letak lah apa yang ada dalam 'blog Abang' tu ke dalam 'blog Sayang'!"

'Blog kita' sekarang adalah 'blog Abang' + 'blog Sayang'..


[+] Baca seluruh catatan ini..

Disediakan oleh Tengku Azlan || Hakcipta Terpelihara © 2008