Isnin, Mac 31, 2008

Indahnya bi'ah solihah..

Assalamualaikum pengunjung-pengunjung sekalian..

Indahnya hidup ini bila kita berada dalam persekitaran yang mendamaikan jiwa dan nurani. Alhamdulillah, kami dapat mewujudkan bi'ah solihah (suasana yang baik) dalam rumahtangga yang baru dibina ini. Saban hari kami berdoa agar diberikan kekuatan supaya keadaan ini sentiasa menyinari hidup kami.


Setiap waktu solat yang memungkinkan kami solat bersama-sama, kami akan berusaha untuk melakukannya secara berjemaah. Alhamdulillah, kami masih kuat untuk terus beristiqamah. Kekuatan ini sesungguh-sungguhnya adalah datang daripada DIA jua. Terima kasih, TUHAN. Walaupun nampak remeh, tetapi solat berjemaah ini lah yang akan menyuntik kekuatan dalam sesuatu komuniti atau keluarga. Kami sangat bersyukur di atas kurniaan ini.


Setiap kali selesai solat maghrib, isteriku akan membaca Al-Quran di hadapanku. Aku akan menjelaskan kefahaman daripada ayat-ayat berkenaan secara ringkas. Setelah itu, kami akan memasak bersama-sama. Rasa kebersamaan sememangnya adalah perkara paling penting bagi setiap pasangan yang mendambakan kebahagiaan yang berpanjangan.


"Alangkah indahnya hidup bersama ILAHI"..

[+] Baca seluruh catatan ini..

Jumaat, Mac 28, 2008

Hari ini..

Assalamualaikum dan selamat bertemu kembali..

Hari ini, isteriku tidak masuk kerja. Katanya, letih. Kesian isteriku. Kurang sihat. Jadi, pukul 8.00 pagi tadi, aku terus memandu ke tempat kerjaku tanpa perlu menghantarnya terlebih dahulu seperti kebiasaannya pada hari-hari bekerja.


Sebelum bertolak tadi, sempat lagi isteriku menggoreng nasi walaupun sudah berkali-kali aku menasihatkannya supaya berehat. Begitulah naluri seorang wanita yang bergelar isteri. Setelah kami bersarapan dan isteriku mencium tanganku tanda penghormatannya kepada seorang suami, aku berpesan kepadanya,

"Jaga diri elok-elok. Nanti Sayang kunci pintu dan pagar, ye.", aku meninggalkan kunci rumah kepadanya. Aku sebenarnya bimbang untuk meninggalkan isteriku sendirian di rumah.


"Petang ni, Abang balik ambik Sayang dulu. Kemudian, kita ke Stesen Komuter Serdang, ambik Kak. Ok?", aku memberitahu isteriku mengenai perancangan petang nanti kerana anak saudaranya, Zati, yang sedang belajar di UIAM akan bertandang ke rumah kami. Dia akan menunggu kami di Stesen Komuter Serdang.


"Baik, bang. Sayang akan jaga diri. Abang pandu kereta, hati-hati ye.", balas isteriku.

Selepas itu, aku memulakan perjalananku menuju Lebuhraya Damansara Puchong (LDP).

[+] Baca seluruh catatan ini..

Khamis, Mac 27, 2008

Hadiah pertama..

Assalamualaikum dan selamat datang..

Gambar di atas adalah gambar sebatang pen. Semua orang pun tahu, kan? Nampak seperti pen-pen yang biasa kita lihat di mana-mana. Tapi, ketahuilah bahawa pen ini sangat tinggi nilainya bagi diriku kerana pen ini adalah hadiah hari lahir daripada seorang yang sangat istimewa pada kira-kira 5 tahun yang lepas.


Ini bermakna, sejak 5 tahun lepas juga lah, aku memiliki pen ini. Pen ini masih elok dan masih boleh digunakan. Pen ini mempunyai nilai yang tersendiri dalam kamus hidupku. Sukar untuk digambarkan di sini. Namun, apa yang pastinya, aku amat menyayangi insan yang telah menghadiahkan pen ini. Kini, insan tersebut telah menjadi isteriku.

Pen ini adalah HADIAH HARI LAHIR yang PERTAMA selepas kami dipertemukan semula!


Terima kasih, Sayang..

[+] Baca seluruh catatan ini..

Baju hijau + ungu..

Assalamualaikum kepada semua dan salam rindu buat isteriku..

Tibalah masanya untuk kami berkongsi sambungan foto-foto yang diambil oleh photographer di rumah isteriku, di mana kami berpakaian hijau + ungu..


Untuk melihat foto-foto pada saiz yang sebenar, boleh klik pada foto yang berkenaan.


Ayunya dia..



Penyejuk di mata, penawar di hati..



'Bunga' dan bunga..



Siapakah ini?



Azlan & Sajirah..



Suami & isteri..



Semoga berbahagia..



Abang amat menyayangimu, Sayang..



Abang sentiasa merinduimu, Sayang..



Belum boleh tukar posing ke?



Di atas katil pulak..



Ni gaya apa, tak tahu la.
Photographer punya kerja..



Tanda bahawa kasih ini hanya untukmu, Sayang..



Mari memotong kek..



Mata kena tengok kamera ke, kena tengok kek ni?



Aktiviti menyuap bermula..



Sayang dah kenyang ke belum ni?



Tiba giliran Abang pulak..



Erm, sedapnya..
Nak lagi!



Bergambar dengan anak-anak saudara isteriku..


[+] Baca seluruh catatan ini..

Disediakan oleh Tengku Azlan || Hakcipta Terpelihara © 2008