Sabtu, Disember 19, 2009

Akhirnya Ummair diberi makan..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, pada hari raya haji yang lalu, masuk sahaja bulan ketujuh umur Ummair, setelah berjaya memberikan hanya susu ibu secara eksklusif selama enam bulan kepada Ummair, akhirnya Ummair diberikan makanan yang sesuai dengan usianya, iaitu puri buah dan nasi yang dikisar.

Jutaan terima kasih diungkapkan kepada isteriku kerana bersabar mengumpul stok susu sehingga berjaya mencukupi keperluan Ummair selama ini.






















[+] Baca seluruh catatan ini..

Khamis, Disember 17, 2009

Gelagat Ummair dengan 'tiang gol'nya..

Assalamualaikum..








[+] Baca seluruh catatan ini..

Isnin, Disember 14, 2009

Gelagat Ummair dengan walkernya..

Assalamualaikum..













[+] Baca seluruh catatan ini..

Ahad, Disember 13, 2009

Kenduri Cikgu Zahari..

Assalamualaikum..

Hari ini pula, kami ke kenduri teman sebilikku ketika di Universiti Malaya beberapa tahun yang lalu. Beliau lebih dikenali dengan panggilan 'Cikgu'. Kami tidak sempat bergambar dengan pengantin kerana sesi merenjis tidak habis-habis. Namun aku sempat bersalam sambil mengucapkan tahniah kepada Cikgu Zahari.


[+] Baca seluruh catatan ini..

Sabtu, Disember 12, 2009

Kenduri Abang Zahar..

Assalamualaikum..

Hari ini kami ke Masjid Tanah, Melaka kerana menghadiri kenduri teman serumahku ketika bujang dahulu di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur, iaitu Abang Zahar. Alhamdulillah, dapat bertemu dengan ramai teman-teman yang agak lama tidak bersua sejak aku bertukar status daripada bujang kepada berkahwin.

Semua yang hadir mengambil kesempatan untuk bergambar..


Bergambar bersama keluarga Abang Aizuddin dan pasangan pengantin baru..

[+] Baca seluruh catatan ini..

Isnin, November 02, 2009

Perkembangan Ummair yang semakin comel..

Assalamualaikum..

Beberapa hari selepas kembali ke rumah kami di Seri Kembangan dari kampung sempena Idulfitri beberapa minggu yang lalu, Ummair kelihatan berusaha bersungguh-sungguh untuk meniarap. Ketika itu, Kami memberikan galakan kepada putera sulung kami itu ketika dia sedang berusaha dengan gigihnya. Sekarang Ummair sudah boleh meniarap!


Perasaan seronok melihat putera kami membesar di depan mata sungguh membahagiakan kami. Tambahan pula, isteriku setakat ini telah berjaya memberikan susu badan sepenuhnya kepada Ummair.

InsyaAllah, Ummair akan hanya diberi susu umminya sehingga umur enam bulan, iaitu sebulan lagi sebelum diberi makanan pelengkap di samping meneruskan penyusuan susu ibu sehingga Ummair berumur dua tahun.

Aku sungguh kagum dengan semangat isteriku yang terus mencari ilmu dan maklumat mengenai penyusuan dan pemakanan bayi, semata-mata untuk putera kesayangan kami. Aku sebagai suami dan abi sememamgnya perlu memberikan sepenuh sokongan dan dorongan kepada usaha murni isteriku ini.


Walaupun terdapat pelbagai reaksi daripada sesetengah kenalan dan saudara-mara, kami tetap akan memberikan hanya yang terbaik untuk Ummair. Sebahagian daripada mereka ada yang menyarankan agar Ummair diberi makan sekarang, tapi kami tetap ingin menjadikan penyusuan tersebut sebagai tempoh eksklusif selama enam bulan.

Sememangnya susu ibu sudah memadai bagi bayi seusia Ummair. Buktinya, Ummair membesar dengan sihat tetapi tidak terlalu 'sihat' sehingga mencapai tahap obesiti.

Semakin hari, Ummair semakin sihat dan comel!

[+] Baca seluruh catatan ini..

Jumaat, Oktober 23, 2009

Pemergian Nur Fatimah, suatu kehilangan..

Assalamualaikum..

Melalui blog I-Match, isteriku mendapat tahu mengenai berita pemergian puteri sulung kenalanku di kampus dahulu iaitu Ramadhan dan Khadijah pagi semalam. Sememangnya isteriku sentiasa mengikuti perkembangan kenalan-kenalanku yang aku pautkan laman blog mereka di blog kami.

Ramadhan, Khadijah, dan arwah Nur Fatimah..


Semoga ruh puteri kecil ini dicucuri rahmat oleh Yang Maha Esa..


"Abang, walaupun Sayang tidak pernah mengenali Khadijah, tapi sebagai seorang ibu, Sayang dapat rasa bagaimana perasaan Khadijah di saat pemergian Nur Fatimah", begitulah antara luahan hati isteriku ketika mengetahui perkhabaran tersebut semalam.

Sebenarnya, dua hari yang lalu, aku meminta nombor perhubungan Ramadhan daripada seorang kenalanku juga (Nasir), dengan niat ingin menjenguk Nur Fatimah yang digambarkan di dalam blog sahabat-sahabatku yang lain seperti agak tenat.

Namun, niat kami itu tidak kesampaian apabila Nur Fatimah terlebih dahulu dipanggil Ilahi. Kami mendoakan agar ruh puteri kecil itu dicucuri rahmat. Semoga baba dan mamanya tabah menghadapi ujian ini.

[+] Baca seluruh catatan ini..

Jumaat, Oktober 16, 2009

Berkesankah kempen pada kotak rokok?

Assalamualaikum..

Sejauh manakah kempen untuk memberhentikan amalan merokok di kalangan penduduk Malaysia berjaya? Walaupun foto-foto yang menggerunkan dikepilkan pada setiap kotak rokok yang dijual, namun tabiat ini tidak akan dapat dikurangkan.

Entah bagaimana caranya, aku sendiri tidak pasti. Sememangnya, sesuatu tabiat buruk di kalangan masyarakat kita amat sukar untuk dibendung.


[+] Baca seluruh catatan ini..

Selasa, Oktober 13, 2009

Kami ke Bangi..

Assalamualaikum..

Hari ini kami ke Bangi. Tujuan asal ialah untuk ke sebuah pusat perubatan homeopati di Billion, Bangi. Setelah mendengar nasihat daripada seorang temannya, isteriku mengajak aku membawa Ummair mencuba perubatan homeopati kerana menurutnya, kaedah perubatan ini bebas daripada bahan kimia di dalam kandungan ubat-ubatannya sebagaimana di klinik-klinik biasa.

Malangnya, pusat perubatan tersebut sudah tutup. Nampaknya kami terpaksa datang pada kesempatan yang lain.

Selepas itu, kami ke Warta. Kami mengganti bingkai cermin mata isteriku yang patah ketika tertinggal di rumah kami di sini ketika pulang berhari raya.

Dalam perjalanan pulang, kami singgah makan malam di Restoran Perantau di Bangi juga. Ummair nampaknya seronok dapat melihat ramai orang dan lampu berwarna-warni. Cuma satu perkara yang kami kasihan melihat Ummair, iaitu matanya tidak berkelip melihat kami makan, seolah-olah menagih simpati agar dirinya disuap dengan nasi.

"Sabar ye Ummair. Ummair masih belum dapat makan. Sekarang kan, Ummair masih dalam tempoh penyusuan eksklusif dengan Ummi. Selepas umur Ummair enam bulan, Abi dan Ummi akan suap nasi ye!"

Begitulah kami memujuk Ummair yang comel itu.

[+] Baca seluruh catatan ini..

Ahad, Oktober 11, 2009

Kami ke Seremban..

Assalamualaikum..

Hari ini jadual kami agak padat. Setelah Kakcik (adikku) tiba dan selesai bersarapan, kami berempat bertolak ke Taman Pinggiran Senawang, iaitu rumah ibu saudaraku, MakNa (adik Ma). Memandangkan dia sekeluarga tidak dapat pulang menyambut Syawal di kampung, kami membuat keputusan untuk membuat kunjungan ke rumah mereka. Tambahan pula, MakNa belum bertemu mata dengan Ummair sejak kelahiran putera kami itu.

Lama juga kami berada di situ. Petang, baru kami bertolak pulang. Setibanya di rumah, jiran kami mempelawa kami agar terus masuk ke rumahnya. Memang sejak minggu lepas lagi Abang Kamaruzzaman itu mengajak kami ke rumah terbukanya hari ini.

"Tengku Muhammad Ummair, tengok sini. Atuk KZ nak tangkap gambar ni!"

Abang Kamaruzzaman memang dikenali sebagai Abang KZ di kejiranan kami ini.

Selepas itu, kami terus ke Damansara Damai, iaitu rumah bapa saudaraku (adik Abah). Katanya, dia juga membuat majlis rumah terbuka.

Setibanya di sana, kelihatan dua keluarga lagi ada di sana. Mak (nenekku) juga ada. Malah, Tok Ngah (adik Mak) juga ada di sana. Menurutnya, dia ada urusan kerja di sekitar Lembah Kelang ini. Kami (aku dan isteriku) sebenarnya belum sempat ke rumah Tok Ngah di Kuala Krai sejak kami berkahwin. Bukan tidak mahu singgah, tapi terlalu banyak destinasi rumah saudara-mara dan keluarga yang mesti dikunjungi setiap kali pulang ke kampung.

"Tengok pada mata Ummair ni, nampak cerdik. Nanti akan jadi kanak-kana genius ni!" Tok Ngah memberikan komentarnya. Sebenarnya semua orang yang melihat Ummair pada kali pertama akan berkata sedemikian. InsyaAllah, kami berdoa agar kata-kata positif daripada semua orang itu akan menjadi doa buat Ummair. Semoga ia menjadi kenyataan.

Lebih kurang pukul 11.00 malam, baru kami tiba di rumah. Hari ini memang hari yang penuh dengan kunjungan dan sangat memenatkan!

[+] Baca seluruh catatan ini..

Khamis, Oktober 08, 2009

Malam Pengantin..

Assalamualaikum..

Dalam catatan kali ini, aku ingin berkongsi satu sajak yang sangat menyentuh hati bagi insan yang sentiasa rindu akan Rabbnya.



Malam Pengantin

Kita pasti dirisik..
Pertunangan sejak azali..
Di hujung hidup nanti..

Berlangsungnya perkahwinanmu dengan maut..
Hantarannya..sakit dan nazak..
Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis..
Pengantin dimandikan..

Dipakaikan baju cantik putih..
Wangian gaharu dan cendana..
Keranda jadi pelaminan..
Pengantin bersanding sendirian..

Di arak keliling kampung..
Berkompangkan azan dan kalimah kudus..
Akad nikahnya bacaan talkin..
Berwalikan liang lahat..

Saksi pula nisan-nisan..
Siraman air mawar..
Keluarga terdekat menepung tawar..
Tiba masa pengantin..
Menunggu sendirian..

Malam pertama bersama KEKASIH..
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan Dia menuntut janji..
Sucikah kita tatkala berpadu..

Pernahkah taubat sepanjang hayat..
Atau terkubur bersama dosa-dosa...
Dan Dia Kekasih itu..
Menetapkanmu ke syurga..
Atau melemparkan dirimu ke neraka..

[+] Baca seluruh catatan ini..

Rabu, Oktober 07, 2009

Teh RM 1.00..

Seorang lelaki singgah di sebuah warung dan memesan segalas teh ais. Sebentar kemudian teh tiba di mejanya dan ketika dia hendak meminumnya, dia mendapati ada seekor lalat sedang berenang di dalam tehnya. Lalu dia memanggil pelayan.


"Waiter! Kenapa ada lalat di dalam teh saya?"

Dengan muka tidak bersalah, si pelayan menjawab, "Takkanlah dengan harga teh RM 1.00, anda mengharapkan ada kambing di dalamnya."

[+] Baca seluruh catatan ini..

Sabtu, September 26, 2009

Ke rumah Syed dan Roszilina..

Assalamualaikum..

Hari ini kami ke rumah kenalan sekolah rendah kami iaitu Syed Asmawee yang berkahwin beberapa bulan yang lalu. Seterusnya kami ke rumah kenalan sekolah rendah juga iaitu Roszilina yang sekarang sudah mempunyai tiga orang anak. Bayinya yang paling kecil hanya selang beberapa hari daripada tarikh kelahiran Ummair.

Tengahari, Azman, iaitu sahabatku di Maahad suatu ketika dahulu datang untuk melihat Ummair. Ummair kebetulan ketika itu sedang nyenyak tidur.

Setelah Azman berangkat pulang, kami bersama Kakcik (adikku) mula bertolak ke Kuala Lumpur pada pukul 4.00 petang. Alhamdulillah kami selamat tiba pada pukul 2.00 pagi.

[+] Baca seluruh catatan ini..

Jumaat, September 25, 2009

Zamzami datang lepas Solat Jumaat..

Assalamualaikum..

Hari ini, Zamzami iaitu seorang kenalan kami di sekolah rendah dahulu ingin datang beraya di rumah mertuaku. Katanya ingin bertemu Ummair. Zamzami adalah antara teman kami yang belum berkahwin.

Zamzami juga adalah antara kawan yang sempat kami buat kejutan ketika menjemputnya ke majlis perkahwinan kami tahun lepas kerana jodoh kami tidak dijangka oleh teman-teman!

Petang, kami balik ke rumah Ma. Malamnya pula, kami ke rumah Mak (nenekku). Kebetulan dua pupuku yang bernama Zain (atau panggilan di kampung ialah Jay) ada dengan isterinya menjadi tetamu Mak. Kami berbual panjang. Mereka belum dikurniakan cahaya mata. Mereka juga diijabkabulkan tahun lepas.

[+] Baca seluruh catatan ini..

Khamis, September 24, 2009

Pergi kenduri dan singgah rumah Kak Yah..

Assalamualaikum..

Pagi ini kami ke rumah dua pupu isteriku yang berdekatan dengan rumah mertuaku. Selepas itu, kami ke majlis kenduri rakan sepejabat isteriku di Wakaf Stan. Sebelum pulang, kami singgah di rumah Kak Yah.

[+] Baca seluruh catatan ini..

Rabu, September 23, 2009

Raya keempat di Machang, Kuala Krai, dan Pasir Puteh..

Assalamualaikum..

Hari ini jadual berhari raya kami agak padat. Kami ke Machang, iaitu rumah seorang kenalan Abah ketika Abah mengajar di Machang suatu ketika dahulu.


Kemudian kami ke rumah bapa saudara Ma di Kuala Krai. Selepas itu, kami ke rumah adik Abah, juga di Kuala Krai. Sebelum pulang, kami ke rumah kakak isteriku di Pasir Puteh yang mengadakan rumah terbuka.

Setibanya kami di rumah Ma, kami ke rumah Maklong yang terletak tidak jauh dari rumah Ma. Malamnya, kami ke rumah kawan isteriku yang bernama Yati. Anak sulung perempuannya cuma selang beberapa hari daripada tarikh kelahiran Ummair tapi sudah boleh meniarap, sedangkan Ummair masih berusaha ke arah itu.

[+] Baca seluruh catatan ini..

Selasa, September 22, 2009

Rumah Faqihah dan bertemu dengan Muhaimin..

Assalamualaikum..

Hari ini pula kami ke rumah sahabat lama iaitu Muhaimin dan Faqihah. Muhaimin adalah temanku semasa di Maahad Muhammadi Lelaki suatu ketika dahulu. Faqihah pula adalah kawanku ketika sekolah rendah. Ini bermakna Faqihah juga adalah kenalan isteriku kerana kami bertiga mendapat pendidikan di sekolah rendah yang sama. Kebetulan pula, isteriku dan Faqihah ada ikatan kekeluargaan kerana mereka tinggal sekampung.

Fateh Amjad, Syaima' dan Abdullah Adam.. Permata hati mereka..


Alhamdulillah, akhirnya kami berkesempatan bertemu dengan mereka pada raya kali ini. Kami sudah lama ingin bertemu mereka yang sekarang sudah dikurniakan tiga orang anak.

Setibanya kami di rumah Ma, kami ke rumah Makcik Yah yang tidak jauh dari rumah Ma.

[+] Baca seluruh catatan ini..

Isnin, September 21, 2009

Raya kedua di rumah Kak Pah dan Kak Dah..

Assalamualaikum..

Pada hari raya kedua, kami ke rumah Kak Pah dan Kak Dah.










[+] Baca seluruh catatan ini..

Ahad, September 20, 2009

Petang dan malam Syawal di rumah mertua..

Assalamualaikum..

Petang raya pertama, kami pulang beraya di rumah mertuaku. Entah bagaimana, tiga pasangan di bawah ini seolah-olah berpakat untuk sama-sama memakai pakaian raya berwarna ungu. Kami mengambil kesempatan ini untuk bergambar sebagai kenangan.




















[+] Baca seluruh catatan ini..

Pagi Syawal di rumah Ma..

Assalamualaikum..

Tahun ini, giliran pagi Syawal kami adalah di rumah Ma. Cuti kali ini sebenarnya adalah kali pertama aku bertemu dengan anak saudaraku yang kedua iaitu Nik Muhammad Izzat. Kaklong (kakakku) juga baru kali ini dapat bertemu dengan anak saudara pertamanya, Ummair.












































[+] Baca seluruh catatan ini..

Disediakan oleh Tengku Azlan || Hakcipta Terpelihara © 2008