Rabu, Februari 24, 2010

Selamat tinggal Kuala Lumpur..

Assalamualaikum..

Hari ini sudah lebih dua minggu kami pindah ke Besut, Terengganu. Alhamdulillah akhirnya kami dapat mengucapkan selamat tinggal kepada Selangor yang telah lama menjadi tempat kami mencari rezeki selama ini.


Dari Besut, kami hanya perlu mengambil masa lebih kurang satu jam untuk tiba di kampung. Syukur, kami semakin dekat dengan keluarga. Hati mereka juga tidak segelisah dahulu memandagkan kami bila-bila masa boleh pulang menjenguk mereka di kampung.

InsyaAllah kami akan memulakan kehidupan baru di sini. Dengan kos hidup yang tidak setinggi di Lembah Klang sana, kehidupan kami dapat diatur dengan baik.

Selamat tinggal Kuala Lumpur!

[+] Baca seluruh catatan ini..

Sabtu, Februari 13, 2010

Resipi puri buah & bubur nasi Ummair..


Ditulis oleh : Ummu Ummair

Assalamualaikum..

Buat Azmah yang ingin mengetahui cara-cara saya membuat puri buah dan bubur nasi untuk Ummair, di sini saya sertakan resipinya ye..

Sebenarnya tak susah pun. Yang penting, kita kena rajin cari ilmu. Saya pun banyak baca di internet dan blog teman-teman. Ubahsuai sedikit sebanyak mengikut kreativiti sendiri. Itu je.

PURI BUAH:

Pisang/labu/epal merah - rebus bersama sedikit air hingga masak.
(boleh dicampur atau guna sejenis buah sahaja)

BUBUR NASI:

Segenggam beras
Air secukupnya
Ikan bilis/ayam tanpa tulang
Sedikit Sawi/Carrot/Bayam

Cara2:
Masak nasi hingga mendidih, kemudian masukkan ikan bilis/ayam tadi. Biarkan seketika. Agak2 nasi dh nak masak, masukkan pula sayur. Bila air rebusan hampir kering, tutup api. Biarkan seketika hingga sejuk barulah boleh dikisar.

Senang je kan? Kalau nak campur puri dalam bubur pun boleh jugak. Pelbagaikan supaya anak tak jemu makan dan seronok menikmati masakan dari air tangan ibunya.

Macam Ummair, suka sangat makan bubur nasi. Seronok suap dia. Buat permulaan semasa anak baru berumur 7 bulan, elok diberi makan 2 kali sehari sahaja. Bila dah masuk 8 bulan baru boleh bagi 3 kali.

Yang penting sekali, sebarang perasa tidak dibenarkan dimasukkan ke dalam makanan anak. Lagi satu, beri anak makan makanan yang sama selama 3 hari berturut-turut, dengan tujuan untuk melihat sama ada anak kita alergik tak terhadap makanan tersebut. Itu sahaja...

Selamat mencuba..

[+] Baca seluruh catatan ini..

Disediakan oleh Tengku Azlan || Hakcipta Terpelihara © 2008