Khamis, Julai 30, 2009

Hak bayi untuk disusukan dengan susu ibu..

Assalamualaikum..

Penyusuan adalah hak bayi yang telah ditetapkan oleh Islam. Hak ini dipertanggungjawabkan kepada ibu berdasarkan firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 233.



Antara hikmah dalam menetapkan tempoh penyusuan selama dua tahun adalah kerana penyusuan yang melebihi tempoh tersebut akan mendatangkan kemudharatan kepada bayi itu sendiri sebagaimana yang diperakui dalam bidang perubatan.

Menyusu badan mendatangkan banyak faedah terhadap tumbesaran dan emosi bayi. Susu ibu amat baik kerana ia lengkap dengan pelbagai unsur serta kandungan antibodi bagi melawan penyakit. Oleh itu, seorang bayi yang menyusu daripada ibunya akan memiliki tumbesaran yang stabil dan lebih kuat. Tambahan pula, bayi itu telah disusui dengan penuh kasih sayang, lemah-lembut dan suasana yang tenang.

Malah, susu ibu tiada tandingannya dengan susu-susu yang lain kerana ia berfungsi mengikut umur bayi dan keperluan badan bayi tersebut. Ia juga bersih dan bebas daripada sebarang jangkitan kuman. Pakar perubatan juga mengesahkan bahawa ibu-ibu yang menyusukan anak mereka tidak akan diserang kanser payudara dengan izin Allah dan ia juga membantu mengelakkan obesiti.

Sepatutnya, seorang wanita Islam perlu mengambil berat untuk menyusukan anaknya dengan susu badannya sendiri sebagai tanda ketaatan kepada perintah Allah dan juga bertujuan menjaga kesihatan diri serta bayinya. Dia hendaklah menyusukan bayinya agar ia menjadi insan yang paling berhak mendapat layanan terbaik sebagaimana yang disebut dalam sebuah hadith Nabi ketika Baginda disoal tentang siapakah yang paling berhak mendapat layanan terbaik daripada seorang anak. Jawab Baginda: Ibumu! Ibumu! Ibumu! Ini keana, ibulah yang merasai kesusahan ketika mengandung, melahirkan anak dan menyusu.

Kami sentiasa berdoa agar kami diberikan kekuatan untuk meneruskan niat murni kami ini. InsyaAllah.

[+] Baca seluruh catatan ini..

Selasa, Julai 28, 2009

Hanya yang terbaik untuk Ummair..

Assalamualaikum..

Keinginan untuk menyusukan Ummair dengan susu ibu sahaja selama dua tahun sudah lama diluahkan oleh isteri kepadaku, iaitu sejak sebelum kehadiran Ummair, malah di awal perkahwinan kami. Aku menyokong sepenuhnya hasratnya itu memandangkan susu ibu sememangnya adalah susu yang terbaik untuk bayi.

Pam elektrik yang membantu usaha kami..

Sejak kelahiran Ummair sehingga umurnya sebulan lebih, isteriku menyusukan Ummair secara langsung sahaja tanpa perantaraan botol. Selepas itu, isteriku mula membuat simpanan susu sebagai bekalan bagi Ummair sewaktu isteriku bekerja.

Aku pernah beberapa kali memberikan susu ibu yang dimasukkan ke dalam botol. Alhamdulillah, syukur kerana Ummair tidak menolak botol yang aku berikan kepadanya, malah sekejap sahaja susu yang disukat sebanyak 2 Oz itu dihabiskannya. Maklum lah, anak lelaki memang lebih kuat menyusu berbanding anak perempuan. Mungkin 2 Oz tidak cukup bagi Ummair untuk sekali menyusu.

Aku sungguh terharu dan kagum dengan kegigihan isteriku untuk meneruskan niat murni kami itu. Aku terus memberikan sepenuh sokongan agar isteriku lebih tabah dengan pelbagai kata-kata negatif yang dilemparkan mengenai usaha kami ini.

58 botol simpanan pada hari pertama isteriku bekerja semalam..


"Cukup ke susu tu nanti? Nanti kasihan pada bayi tu!"

"Mula-mula ni sahaja susu banyak. Bila dah masuk kerja, susu tak banyak!"

Itu adalah antara contoh ayat negatif yang kami dengar terutamanya ketika kami berada di kampung, apabila kami menyatakan hasrat suci kami itu. Setakat ini, kami yakin untuk meneruskan usaha kami ini.

Kami mengakui bahawa usaha ini bukanlah satu perkara yang mudah, tetapi kami akan terus mencuba agar hasrat ini terlaksana jua. Kami akan memberikan yang terbaik untuk Ummair. Kami yakin bahawa ramai lagi ibu yang berfikiran seperti kami di zaman yang serba moden ini.

[+] Baca seluruh catatan ini..

Isnin, Julai 27, 2009

Hari pertama isteriku bekerja setelah bergelar Ummi..

Assalamualaikum..

Hari ini adalah hari pertama isteriku memulakan kerjanya setelah cuti bersalin dan berpantang selama 60 hari. Buat sementara waktu, kami meletakkan Ummair di rumah KakMah. InsyaAllah awal bulan Ogos nanti kami akan meninggalkan Ummair di rumah pengasuh yang tidak berjauhan dari kediaman kami.


Sebagai seorang ayah, mungkin perasaanku sedikit berbeza dengan perasaan isteriku sebagai seorang ibu. Pagi tadi, aku dapat merasakan perasaan isteriku yang sedih untuk meninggalkan Ummair buat kali pertama untuk beberapa jam waktu bekerja. Semoga isteriku tabah melalui hari-hari yang mendatang.

[+] Baca seluruh catatan ini..

Sabtu, Julai 25, 2009

Kisah Ummair di Jusco..

Assalamualaikum..

Petang tadi kami membawa Ummair ke Jusco di Taman Equine. Ini adalah kali pertama Ummair dibawa bersama kami ke pusat membeli-belah seperti itu. Beberapa hari sebelum ini, kami meninggalkan Ummair seketika di rumah KakMah sementara kami ke Jusco dan beberapa tempat lain untuk membeli beberapa keperluan kami sekeluarga.


Selesai membeli barang-barang keperluan di tingkat bawah, kami menuju ke tingkat atas iaitu di bahagian pakaian dan aksesori bayi. Belum sempat selesai memilih barang yang ingin dibeli, Ummair menangis. Mungkin sudah tiba masa menyusunya. Isteriku terus membawa Ummair menuju ke bilik menyusu yang berada tidak berjauhan dari tempat tersebut.

Setelah selesai membuat bayaran di kaunter, aku menuju ke tempat mereka berdua. Ummair nampaknya bersungguh-sungguh menyusu. Lama juga kami berada di dalam bilik tersebut memandangkan Ummair seolah-olah tidak mahu melepaskan peluang yang diberikan kepadanya itu.

Setelah semuanya selesai, kami pulang ke rumah. Akhirnya hari ini kami memperoleh satu pengalaman baru dengan Ummair di Jusco. Kami berasa sangat penat tetapi pengalaman bersama putera sulung kesayangan kami hari ini memang tidak dapat kami lupakan.












[+] Baca seluruh catatan ini..

Khamis, Julai 23, 2009

Ummair dan Ummi..

Assalamualaikum..

Ini pula adalah foto-foto Ummair dengan Ummi. Ummair sangat comel kerana mewarisi kecantikan Umminya.


















[+] Baca seluruh catatan ini..

Selasa, Julai 21, 2009

Ummair dan Abi..

Assalamualaikum..

Catatan kali ini adalah mengenai foto-foto Ummair bersama Abi.




















[+] Baca seluruh catatan ini..

Ahad, Julai 12, 2009

Rambut Ummair dipotong lagi..

Assalamualaikum..

Disebabkan rambut Ummair begitu cepat tumbuh semula, pagi tadi aku memotong rambut Ummair untuk kali yang kedua sejak kelahirannya.

Ummair yang semakin comel












[+] Baca seluruh catatan ini..

Sabtu, Julai 11, 2009

Ummair lebih mirip siapa?

Assalamualaikum..

Ketika di rumah mertuaku, sempat kami menyelongkar barang-barang simpanan lama. Tujuan kami hanya satu, iaitu mencari foto-foto isteriku sewaktu zaman bayinya.

Alhamdulillah, setelah bertanya mertuaku, akhirnya kami menemukan apa yang dicari. Namun, foto yang ada hanyalah dua keping dan kedua-dua foto itu sudah usang dan hampir rosak. Walau bagaimana pun, syukur kerana khazanah itu masih ada untuk disimpan sebagai kenangan.

Begitu juga halnya ketika kami pulang ke rumah ibuku. Syukur kerana foto-fotoku ketika usia bayi masih ada di dalam simpanan keluarga.

AbuUmmair, UmmuUmmair dan kembarnya, dan Ummair..

Sebenarnya, tujuan utama kami mencari gambar-gambar lama itu adalah untuk melihat ke arah wajah siapakah mirip wajah Ummair. Kebanyakan sanak-saudara dan sahabat handai yang datang melihat Ummair akan menyatakan bahawa Ummair mirip wajahku. Lebih-lebih lagi ibuku yang melihat aku membesar di depan matanya.

Mungkin pembaca blog ini ada pendapat tersendiri mengenai perkara ini.

AbuUmmair 1982









UmmuUmmair 1982





Ummair 2009








[+] Baca seluruh catatan ini..

Disediakan oleh Tengku Azlan || Hakcipta Terpelihara © 2008