Jumaat, Februari 29, 2008

Template pertama..

Assalamualaikum..

Bersua kembali dalam blog kami..

Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga aku siapkan gambar header yang cantik (ye ke cantik?) untuk template yang pertama ini. Template ini yang sudah cantik dengan warna kuning, warna diraja, lebih menarik setelah diubah suai sedikit. Mungkin template ini lebih bertambah serinya kerana ada gambar seorang wanita yang cantik di situ.


Agaknya, kerana aku terlalu teliti dalam perkara-perkara sebegini, banyak kali juga aku ubah suai gambar tersebut. Setelah diupload, dilihat-lihat, direnung-renung, nampak macam ada yang tak kena. Untuk puaskan hati sendiri, aku edit lagi. Akhirnya, inilah hasilnya.


Mungkin bagi sesetengah orang, mereka tidak terlalu fikir perkara seperti ini. Aku pun tidak mengerti, kenapa aku begini. Yang penting dan pastinya, aku adalah aku. Kami adalah kami. Kita adalah kita. Untuk berjaya, kita mesti menjadi diri kita sendiri.

[+] Baca seluruh catatan ini..

Khamis, Februari 28, 2008

Akhirnya blog ini dapat disiapkan ..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, akhirnya blog ini dapat juga disiapkan. Blog ini didedikasikan khusus kepada tunangku, Wan Sajirah binti Wan Ahmad, yang juga bakal bergelar isteriku dalam masa 10 hari sahaja lagi dari hari ini.


Buat masa ini, blog kami ini belum diwarwarkan kepada sesiapa. InsyaALLAH, selepas selesai semua upacara perkahwinan, kami akan membenarkan blog ini dibaca oleh sesiapa sahaja. Kami harap, akan ada perkara yang dapat kami kongsi dengan pengunjung-pengunjung sekalian, tentang segala suka-duka kehidupan ini.


    Majlis kami adalah seperti berikut :

  • 08 Mac 2008 : Majlis akad nikah,

  • 09 Mac 2008 : Kenduri di rumah pengantin perempuan, dan

  • 13 Mac 2008 : Kenduri di rumahku, pengantin lelaki.
Di sini kami sertakan kad jemputan sebagai salah satu kenangan abadi kami dalam menuju alam yang penuh bermakna dalam hidup kami..


Sila klik kad di bawah untuk melihat dengan jelas. Untuk save, boleh right-click' dan 'Save Target As...' atau 'Save Link As...'. Tidak boleh 'Save Picture As...' kerana gambar kad yang dicapai dari situ kecil dan tidak dapat dibaca setelah di 'auto-resize'kan.




Ke rumah Tengku Azlan
Ke rumah Wan Sajirah

[+] Baca seluruh catatan ini..

Disediakan oleh Tengku Azlan || Hakcipta Terpelihara © 2008