Isnin, Ogos 25, 2008

Temuduga di Tenaga Progresif..

Assalamualaikum..

Hari ini, aku menghadiri sesi temuduga di sebuah syarikat bernama Tenaga Progresif Sdn. Bhd di Bandar Sri Damansara yang memerlukan seorang jurutera perisian (software engineer).

Jumaat lepas, wakil daripada syarikat tersebut telah menghubungiku, meminta aku menghadiri sesi temuduga di alamat yang diberikan.

Setelah mencari dan ada juga tersesat jalan, akhirnya aku menemukan lokasi syarikat itu. Ternyata memang jauh dari rumahku. Selain daripada jalanraya yang sesak pada waktu pagi, aku juga perlu melalui 3 tol untuk sampai di sana.

Setelah namaku dipanggil, sesi temuduga berjalan dengan baik. Aku diberitahu, syarikat itu adalah di bawah kumpulan syarikat Ara Group.



"Nanti kami akan menghubungi encik pada hari jumaat depan jika encik terpilih untuk sesi temuduga kedua.", penemuduga memberitahuku setelah selesai sesi bersama-samanya.

"Ok. Terima kasih.", aku membalas pemberitahuannya itu.



Apabila memikirkan lokasinya yang begitu jauh, ditambah lagi dengan kesesakan jalanraya dan plaza tol yang perlu aku lalui setiap hari, aku meletakkan harapan agar mendapat peluang lain yang lebih praktikal dari segi jarak kerana faktor sumber petroleum adalah antara yang perlu dititikberatkan sejak beberapa bulan kebelakangan ini.


Cetak catatan ini..

0 ulasan:

Disediakan oleh Tengku Azlan || Hakcipta Terpelihara © 2008