Isnin, Ogos 18, 2008

Badminton..

Assalamualaikum..

Malam tadi, Olimpik Beijing 2008 menyaksikan pertandingan akhir badminton. Aku yakin, pertandingan tersebut adalah antara fokus rakyat Malaysia kerana di situ lah harapan Malaysia untuk melihat pingat emas pertama diperoleh atlet negara.

Lee Chong Wei..


Pertandingan tersebut memang begitu mencabar ketangkasan pemain negara, Lee Chong Wei apabila ternyata Lin Dan dari negara tuan rumah itu lebih tangkas dan sukar dikuasai. Akhirnya, negara kita terpaksa mengakui kehebatan Lin Dan bila beliau berjaya mengalahkan Lee Chong Wei 2 set berturut-turut; 12-21 dan 8-21.

Lin Dan..


Sebagai penutup gelanggang badminton itu, Lin Dan berjaya meraih pingat emas, manakala pemain negara kita dianugerahkan pingat perak. Walaupun tidak berjaya merebut pingat emas, ternyata negara kita sudah cukup berbangga dengan pencapaian Lee Chong Wei dan menganggap beliau sebenarnya adalah juara dan patut dicontohi oleh golongan muda.

Aku jadi teringat kepada zaman bujangku di mana sukan yang mengaktifkan kami di Kampung Sungai Penchala suatu ketika dahulu ialah badminton. Kadang-kadang, kami menyewa gelanggang di Dewan Serbaguna di Taman Tun Dr. Ismail itu untuk menunjukkan aksi. Jika tidak ke sana, kami hanya perlu ke ruang bawah di kawasan rumah tersebut untuk bermain badminton.

Tinggal kenangan..


Zaman bujang..


Badminton..


Siapa ni?


Sekarang, setelah bergelar suami, banyak perkara lain yang perlu difokuskan menyebabkan tidak berkesempatan untuk meluangkan masa seperti waktu itu lagi.


Cetak catatan ini..

0 ulasan:

Disediakan oleh Tengku Azlan || Hakcipta Terpelihara © 2008