Ahad, Ogos 24, 2008

Konvokesyen Kakcik..

Assalamualaikum..

Malam semalam, kami bertolak ke rumah kawan Ma; Che Moh di Gombak pada pukul 9.15 malam.

"Abengoh, singgah beli nasi deh. 3 bungkus. Takleh masak di rumah Che Moh. Takde gas."



Kakcik (adikku) menghantar mesej begitu. Keluargaku sebenarnya sekarang berada di rumah Che Moh yang tidak jauh dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA), tempat Kakcik akan berkonvokesyen.

Walau bagaimana pun, tuan rumah itu tiada di rumah. Che Moh berada di kampung kerana salah seorang anaknya sedang melangsungkan perkahwinan. Disebabkan rapat dengan Ma, dan sudah seperti adik-beradik, dia mempercayai Ma, dan memberikan kunci rumahnya itu kepada Ma. Keluargaku baru sahaja tiba di sana petang semalam.

Hampir tiba di sana, kami singgah di sebuah restoran untuk membeli nasi. Pukul 10.30, kami tiba di rumah Che Moh.

Yang ada di situ ialah Abah, Ma, Kakcik, Tek, Azhan, AdikJiha.

Kakcik datang dari tempat kerjanya di Kepong. Yang lain, semua dari kampung. Wan tidak ikut kerana dia akan menghadapi peperiksaan. Ita pula baru sahaja memasuki semula pengajiannya di Universiti Utara Malaysia (UUM) setelah bercuti.

Kami tidur di situ. Pagi tadi, kami kami keluar ke UIA pada pukul 11.00 pagi. Kami bergambar dahulu di sekitar kawasan UIA tersebut kerana sesi Kakcik ialah petang.

Tidak lama selepas itu, Zati dan Anis tiba. Mereka adalah anak saudara isteriku. Anak KakYah. Mereka hanya dari asrama kerana mereka memang sedang belajar di UIA.

Kemudian, MakNa sekeluarga tiba. Mereka datang dari Seremban.

Setelah siap sesi pengijazahan dan bergambar, kami pulang ke rumah. Keluargaku pulang ke rumah Che Moh untuk berehat. Mereka akan bertolak pulang ke kampung pagi esok.


Cetak catatan ini..

0 ulasan:

Disediakan oleh Tengku Azlan || Hakcipta Terpelihara © 2008