Ahad, Ogos 31, 2008

Sepupu baru lagi..

Assalamualaikum..

Pagi ini, kami bersarapan di rumah Ma. Ma menggoreng bihun. Lama juga aku tidak merasa bihun masakan Ma.

"Mari semua! Kita sarapan terakhir sebelum sarapan hari raya.", aku sengaja menimbulkan sedikit suasana pada pagi merdeka itu.

Akhirnya, kami semua berkumpul dan bersarapan bersama-sama. Sambil bersarapan, kami menonton rancangan perbarisan yang disiarkan secara langsung di kaca televisyen.



"Abengoh, Kakngoh, sekejap lagi boleh lah pergi rumah Mok. Tengok anak MokRa.", Ma mengingatkan kami.

Selepas mandi, kami ke rumah Mok yang selang satu rumah sahaja dengan rumah Ma. MokRa tinggal dengan Mok memandangkan MokRa adalah anak bongsu Mok dan bekerja tidak jauh dari kampung. Suaminya (AyohSu) pula bekerja di Pulai Chondong.

"Mok nampak, Abengoh makin berisi.", Mok menegurku.

"Eh, ye ke Mok? Abengoh rasa biasa je.", aku menjawab.

Comel sungguh bayi yang baru berumur 4 hari itu. Kakaknya (Farhana), anak sulung MokRa yang manja itu seperti belum dapat menerima kehadiran adiknya kerana selama ini dia menganggap dirinya adalah kakak dan adik dalam keluarganya.

Mok memandikan bayi itu dan menukarkan lampinnya. Setelah berbual-bual dan menikmati teh yang dihidangkan, kami meminta diri untuk pulang ke rumah Ma.

"Kami balik dulu la Mok, MokRa, AyohSu. Kami pinjam kereta abang Jie ni, datang rumah Ma. Mana tahu kalau-kalau dia nak guna pagi ni."

Tiba di pintu pagar rumah Mok, terserempak pulak dengan MakcikYah dan suaminya, PakcikYi. Mereka nak ke pasar. Setelah bertegur-sapa, kami meminta diri untuk pulang.

Setelah siap, kami meminta diri dengan Abah dan ma, untuk pulang ke rumah Mek.

"Kami pergi dulu ye, Abah, Ma.", kami meminta diri.

"Ok. Hati-hati. Kirim salam Abah dan Ma kepada Ayah dan Mek. Nanti, ada masa, Ma nak juga pergi ziarah Mek.", Ma menambah.

Tengahari, kami tiba di rumah Mek.

Malam, sekali lagi kami keluar. Kami ke Wakaf Che Yeh untuk membeli beberapa keperluan dapur rumah Mek. Kami juga ingin membeli lauk untuk bersahur nanti. Tadi, Mek ada berpesan supaya kami membeli ayam percik untuknya bersahur.

Lama sungguh aku tidak mengunjungi Pasar Borong di Wakaf Che Yeh itu. Kami membeli apa yang perlu. Kami juga memasuki Pasaraya Ceria yang terletak di tepi jalan di situ juga.

Setelah selesai, kami bertolak pulang.


Cetak catatan ini..

0 ulasan:

Disediakan oleh Tengku Azlan || Hakcipta Terpelihara © 2008