Isnin, Mac 03, 2008

Balik kampung..

Assalamualaikum..

Pagi ini, kami akan bertolak balik ke kampung. Jika tiada aral, insyaALLAH kami akan sampai petang atau malam ini. Ada lagi perkara yang belum settle di kampung. Jadi, elok benar rasanya jika dapat pulang awal. Segala urusan akan dapat diselesaikan bersama ahli keluarga.


Jika dihitung bermula esok, kami ada 4 hari lagi sebelum majlis akad nikah, iaitu 8 Mac 2008, sabtu malam ahad. Tarikh mengundi. Bagus juga. Senang untuk diingati. Selepas ini, jika ada orang bertanya mengenai tarikh kami diijab kabulkan, kami boleh jawab, "Tarikh kami nikah sama dengan tarikh Pilihan Raya Umum ke-12..".


Semoga segala-galanya berjalan seperti yang dirancang dan dipermudahkan olehNYA.


Cetak catatan ini..

0 ulasan:

Disediakan oleh Tengku Azlan || Hakcipta Terpelihara © 2008