Jumaat, Mac 28, 2008

Hari ini..

Assalamualaikum dan selamat bertemu kembali..

Hari ini, isteriku tidak masuk kerja. Katanya, letih. Kesian isteriku. Kurang sihat. Jadi, pukul 8.00 pagi tadi, aku terus memandu ke tempat kerjaku tanpa perlu menghantarnya terlebih dahulu seperti kebiasaannya pada hari-hari bekerja.


Sebelum bertolak tadi, sempat lagi isteriku menggoreng nasi walaupun sudah berkali-kali aku menasihatkannya supaya berehat. Begitulah naluri seorang wanita yang bergelar isteri. Setelah kami bersarapan dan isteriku mencium tanganku tanda penghormatannya kepada seorang suami, aku berpesan kepadanya,

"Jaga diri elok-elok. Nanti Sayang kunci pintu dan pagar, ye.", aku meninggalkan kunci rumah kepadanya. Aku sebenarnya bimbang untuk meninggalkan isteriku sendirian di rumah.


"Petang ni, Abang balik ambik Sayang dulu. Kemudian, kita ke Stesen Komuter Serdang, ambik Kak. Ok?", aku memberitahu isteriku mengenai perancangan petang nanti kerana anak saudaranya, Zati, yang sedang belajar di UIAM akan bertandang ke rumah kami. Dia akan menunggu kami di Stesen Komuter Serdang.


"Baik, bang. Sayang akan jaga diri. Abang pandu kereta, hati-hati ye.", balas isteriku.

Selepas itu, aku memulakan perjalananku menuju Lebuhraya Damansara Puchong (LDP).


Cetak catatan ini..

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Balik je dari masjid, solat jumaat, ada missed call daripada isteriku. Aku terus call isteriku.

Rupa-rupanya, Zati tak jadi datang petang ni. Ada oral test, katanya. InsyaALLAH pagi esok dia datang..

Disediakan oleh Tengku Azlan || Hakcipta Terpelihara © 2008