Isnin, Mac 17, 2008

Kembali ke KL..

Assalamualaikum..

Bertemu lagi kita di ruangan blog ini setelah kami bercuti panjang daripada kesibukan kota, demi melaksanakan apa yang perlu ditunaikan iaitu melafazkan ijab (pertanggungjawaban) dan qobul (penerimaan tanggungjawab itu) di depan wali bersaksikan sanak-saudara yang bersedia menerima penyatuan suci ini. Alhamdulillah, kami akhirnya selamat diijabkabulkan.


Hari ini kami masing-masing perlu memulakan kerja. Pagi tadi, setelah disediakan sarapan oleh isteriku, kami sama-sama bersarapan sebelum bertolak lebih kurang pukul 7.15 pagi dari rumah kami di Taman Lestari Putra, Seri Kembangan. Aku telah menghantar isteriku ke tempat kerjanya di JAKIM, Putrajaya. Pukul 7.45 pagi baru sampai. Setengah jam dalam perjalanan walaupun tidak berapa jauh jaraknya kerana jalan dipenuhi kenderaan yang masing-masing ingin ke tempat kerja.


Setelah itu, aku memulakan perjalanan ke TTDI. Erm, hari pertama perjalananku ke tempat kerja. Jalan memang sesak teruk. Akhirnya dapat juga merasa berada di tengah-tengah kesesakan lalu-lintas Kuala Lumpur walaupun pernah terdetik suatu ketika dahulu untuk tidak melalui saat-saat sebegini.


Pukul 9.00 pagi, baru aku tiba di TTDI. Sesampainya di tempat production, aku terasa begitu lama aku meninggalkan kerja-kerja ini. InsyaALLAH aku akan mengumpul kembali semangat yang sentiasa ada dalam diri ini, supaya aku kuat menghadapi apa jua yang melanda.


Aku juga sempat memberikan resume terbaruku kepada Pak Ya untuk dihantar kepada PTS Publication. Aku terpaksa mengubah satu perkara di dalam resume tersebut iaitu daripada Marital status : Single, kepada Marital status : Married.



Kepada isteriku tersayang : "Tunggu Abang datang ambik ye.."


Cetak catatan ini..

0 ulasan:

Disediakan oleh Tengku Azlan || Hakcipta Terpelihara © 2008