Isnin, Mac 31, 2008

Indahnya bi'ah solihah..

Assalamualaikum pengunjung-pengunjung sekalian..

Indahnya hidup ini bila kita berada dalam persekitaran yang mendamaikan jiwa dan nurani. Alhamdulillah, kami dapat mewujudkan bi'ah solihah (suasana yang baik) dalam rumahtangga yang baru dibina ini. Saban hari kami berdoa agar diberikan kekuatan supaya keadaan ini sentiasa menyinari hidup kami.


Setiap waktu solat yang memungkinkan kami solat bersama-sama, kami akan berusaha untuk melakukannya secara berjemaah. Alhamdulillah, kami masih kuat untuk terus beristiqamah. Kekuatan ini sesungguh-sungguhnya adalah datang daripada DIA jua. Terima kasih, TUHAN. Walaupun nampak remeh, tetapi solat berjemaah ini lah yang akan menyuntik kekuatan dalam sesuatu komuniti atau keluarga. Kami sangat bersyukur di atas kurniaan ini.


Setiap kali selesai solat maghrib, isteriku akan membaca Al-Quran di hadapanku. Aku akan menjelaskan kefahaman daripada ayat-ayat berkenaan secara ringkas. Setelah itu, kami akan memasak bersama-sama. Rasa kebersamaan sememangnya adalah perkara paling penting bagi setiap pasangan yang mendambakan kebahagiaan yang berpanjangan.


"Alangkah indahnya hidup bersama ILAHI"..


Cetak catatan ini..

0 ulasan:

Disediakan oleh Tengku Azlan || Hakcipta Terpelihara © 2008