Selasa, Mac 18, 2008

Coretan semalam..

Selamat datang kepada yang mengunjungi blog ini, dan salam sayang dan rindu kepada isteriku tercinta..


Sekadar ingin mencoret mengenai semalam. Sebelum pukul 5.00 petang, aku sudah sampai di JAKIM. Mengikut telahanku, jalan akan sesak seperti waktu pagi. Menunggu seketika, isteriku muncul membawa 3 bungkus hadiah. Ai, belum habis rupa-rupanya utusan hadiah perkahwinan daripada kawan-kawan. Mak ai, beratnya! Hadiah apa agaknya. Kesian isteriku membawa hadiah-hadiah itu dari pejabatnya. Takpe. Biar Abang bawak pulak ye, Sayang..


Mengikut perancangan awal, kami ingin terus ke JUSCO Taman Equine, tidak berapa jauh dari rumah, sebelum balik ke rumah. Jadual kami berubah apabila tiba-tiba orang dari kedai tempat kami tempah mesin basuh dan peti ais menghubungi handphoneku. Katanya, kalau boleh, dia nak hantar pukul 5.30 petang. Kalau diikutkan, kami janji antara pukul 6.00 petang hingga 8.00 malam.


Kami balik ke rumah terlebih dahulu. Kami sampai je di depan rumah, lori menyusul di belakang. Setelah diangkut 2 barang tersebut, akhirnya kami tidak jadi untuk keluar petang tu. Erm, macam tu la jadinya bila dah sampai rumah. Keletihan.


Setelah selesai solat jemaah maghrib bersama-sama dan makan malam (masakan isteriku), baru kami keluar ke JUSCO. Melihat senarai barang-barang yang perlu dibeli, kami memilih mana yang berkenan di hati. Nampak gayanya, ada jugak benda yang sudah berhari-hari dicari tapi tidak juga ketemu. LESUNG BATU! Dua hari lepas, ahad, kami dah cari di Pasar Borong Selangor, pun takde jugak. Ketika kami masih di Kelantan, cari di Pasaraya Salamku, pun takde. Aduhai, susahnya nak dapatkan apa yang dicari! Tapi bila tak dicari, ada pulak!


Sebab itu lah, insyaALLAH petang ini, selepas mengambil isteriku di tempat kerjanya, kami ingin singgah di Alamanda sekejap. Mencari LESUNG BATU yang belum ketemu itu, dan beberapa lagi keperluan-keperluan lain untuk dapur rumah kami.


Dan satu lagi, malam ni kami akan ke Hotel Sheraton di Subang Jaya untuk menemui makcikku (Maklong - Adik Ma). Berkebetulan dengan urusan AVONnya di sini, Maklong akan bawak terus foto-foto majlis perkahwinan kami daripada photographer sebab memang Maklong yang recommendkan photographer tersebut kepada kami. Maklong akan tiba petang atau malam ni dengan flight dari Kelantan. Ringkas ceritanya, Maklong lah yang paling banyak membantu untuk memastikan majlis kami berjalan lancar.


Terima kasih, Maklong..


Cetak catatan ini..

0 ulasan:

Disediakan oleh Tengku Azlan || Hakcipta Terpelihara © 2008