Jumaat, Februari 29, 2008

Template pertama..

Assalamualaikum..

Bersua kembali dalam blog kami..

Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga aku siapkan gambar header yang cantik (ye ke cantik?) untuk template yang pertama ini. Template ini yang sudah cantik dengan warna kuning, warna diraja, lebih menarik setelah diubah suai sedikit. Mungkin template ini lebih bertambah serinya kerana ada gambar seorang wanita yang cantik di situ.


Agaknya, kerana aku terlalu teliti dalam perkara-perkara sebegini, banyak kali juga aku ubah suai gambar tersebut. Setelah diupload, dilihat-lihat, direnung-renung, nampak macam ada yang tak kena. Untuk puaskan hati sendiri, aku edit lagi. Akhirnya, inilah hasilnya.


Mungkin bagi sesetengah orang, mereka tidak terlalu fikir perkara seperti ini. Aku pun tidak mengerti, kenapa aku begini. Yang penting dan pastinya, aku adalah aku. Kami adalah kami. Kita adalah kita. Untuk berjaya, kita mesti menjadi diri kita sendiri.


Cetak catatan ini..

0 ulasan:

Disediakan oleh Tengku Azlan || Hakcipta Terpelihara © 2008