Jumaat, Mac 21, 2008

Foto-foto malam akad kami..

Assalamualaikum..

Semalam adalah cuti Maulidur Rasul. Kami mengambil kesempatan itu untuk ke rumah kakak iparku (kakak isteriku - Kak Mah) yang tak berapa jauh dari rumah kami. Di Seri Kembangan juga.


Kebetulan pula, Kak Mah sekeluarga ingin mengadakan sedikit jamuan ringkas sempena hari lahir salah seorang anaknya. Hanya sambutan sesama adik-beradik. Adik kembar isteriku juga dijemput. Dia (Wan Satirah) dengan suami dan dua orang anaknya tinggal di Putrajaya.


Akhirnya kami berkumpul, majlis dimulakan, dan kami sempat menonton video sepanjang majlis perkahwinanku berlangsung. Video dirakam oleh adik lelakiku, Tengku Azwan (Abe Teh). Tiga MiniDV Digital Video Cassette (DVC) juga digunakan sepanjang 3 majlis, iaitu malam akad nikah, majlis di rumah isteriku, dan majlis di rumahku. InsyaALLAH jika sempat dirakam ke dalam bentuk digital, kami akan muatkan video tersebut di sini.


Sebelum balik ke rumah malam tadi, aku sempat mendapatkan foto-foto yang diambil oleh birasku (Abe Man - suami Kak Mah) pada majlis kami. Di sini kami sertakan foto-foto tersebut untuk tatapan pengunjung-pengunjung sekalian.


Aku yang gementar di hadapan imam yang menikahkan kami..


Aku melafazkan ta'liq, jaminan bahawa aku akan menjaga isteriku sebaik-baiknya..


Sanak-saudara yang hadir pada malam itu..


Akhirnya, imam mengesahkan kami sebagai suami dan isteri..


Isteriku bersalam-salaman dengan sanak-saudara yang hadir..


Berbual-bual selepas selamat diijabkabulkan..


Pasangan bahagia..


Romantis..


Wajah yang bahagia menjadi isteriku..


Aik?? Siapa ni? Inilah dia Abe Man & Kak Mah. Sempat lagi bergambar di atas pelamin sebelum kami merasmikannya..


Dari kiri : Zati (Anak saudara), Kak Dah (Kakak), Anis (Anak saudara), Satirah (Adik kembar), Kak Na (Kakak), Kak Mah (Kakak), Kak Sa (Kakak Ipar)..


Cetak catatan ini..

0 ulasan:

Disediakan oleh Tengku Azlan || Hakcipta Terpelihara © 2008