Isnin, Mac 16, 2009

Selamat pengantin baru, Zukhairi..

Assalamualaikum dan selamat bertemu kembali..

Ahad lalu (8 Mac 2008), ketika kami berada di kampung halaman, salah seorang teman serumah denganku sewaktu bujang dahulu di Kampung Sungai Penchala, Damansara, telah melangsungkan perkahwinannya. Nampaknya tarikh yang dipilih adalah sama dengan tarikh kami diijabkabulkan tahun lepas. Aku berasa sedikit terkilan kerana tidak dapat meraikan majlisnya berikutan keutamaan kami untuk berada di kampung.

Teman yang dimaksudkan ialah Zukhairi. Walaupun kami berlainan kursus pengajian, tapi setelah ditempatkan di kolej kediaman yang sama di Universiti Malaya, seterusnya berpindah ke rumah sewa yang sama, ikatan persaudaraan kami semua di rumah itu semakin erat.

Selamat pengantin diucapkan kepada Zukhairi dan pasangannya. Semoga diberi kekuatan dalam melayari kehidupan berumahtangga yang penuh dengan dugaan.

P/s : Gambar adalah ihsan daripada blog Nasir.


Cetak catatan ini..

6 ulasan:

De' Sal berkata...

Selamat pengantin baru kepada orang yang kawin tu ya...

eh lupa plak....tak sambut ke hari ulangtahun perkahwinan ari tu.....semoga selamat selamanya...

Lan dan Jie berkata...

Sambut dengan keempat-empat tangan (dua orang).. Mujur tak jatuh belebok.. Kalu nok jatuh jugak, hajat nyo nok sambut nga kaki sekali..

Terima kasih.. Romantik selama-lamanya..

nasir berkata...

macam kenai jer gambar tuu...hahahaha(gelak besar)

Lan dan Jie berkata...

Tu la.. Rasa macam kenal je.. Dari mana yaaa....?

cikCT berkata...

salam singgah..sdg jalan2 tgk blog anda.cantik n terkejut tgk gmbr kawen itu...he is my brother-in-law...:)zukhairi arbain n ubaidah othman..

Lan dan Jie berkata...

Oh, ye ke? Terima kasih kerana singgah di blog kami..

Disediakan oleh Tengku Azlan || Hakcipta Terpelihara © 2008