Isnin, Mac 16, 2009

Bayi lelaki atau perempuan?

Assalamualaikum..

Agak sukar untuk mendapat peluang mendapatkan perkhidmatan pemeriksaan ultrasound di Poliklinik Komuniti Seri Kembangan, iaitu tempat pemeriksaan susulan berterusan isteriku.

Bila dikaitkan dengan agensi kerajaan, memang umum sudah maklum akan kualiti perkhidmatan yang kurang memuaskan dan kuantiti pengguna yang begitu besar. Kebiasaannya pengguna perkhidmatan ini adalah di kalangan golongan yang mempunyai taraf hidup yang sederhana.

Berbekalkan perasaan ingin tahu mengenai jantina bayi di dalam kandungan isteriku, selepas solat Maghrib tadi, kami telah ke salah sebuah klinik swasta (Klinik Jameaton) yang tidak berapa jauh dari rumah.

"Assalamualaikum doktor," kami menyapa sebaik sahaja dibenarkan masuk ke bilik doktor.

"Waalaikumussalam. Sila duduk. Puan ada apa-apa masalah?" doktor terus mengajukan soalan dengan lembut kepada isteriku kerana pada rekod perubatan tercatit nama Wan Sajirah binti Wan Ahmad.

"Tiada apa-apa masalah, doktor," isteriku meleraikan sedikit kerisauan yang terlihat pada wajah doktor itu.


"Saya cuma nak buat ultrasound. Nak tengok bagaimana kedudukan baby, sihatkah dia. Lepas tu, yang paling penting, kalau boleh, kami nak tahu jantinanya. Lagi pun, usia kandungan dah nak masuk tujuh bulan," jelas isteriku lantas berpaling ke arahku sambil tersenyum ayu.

"Oh, begitu. Mari ikut saya," doktor membawa isteriku ke tempat pemeriksaan ultrasound.

Seketika kemudian, setelah imej terbentuk di skrin peralatan perubatan itu, aku meminta izin untuk mendekati mereka berdua.

"Bayi puan sihat. Ini kepalanya. Tengok jantungnya sedang berdegup," doktor menunjukkan beberapa imej anggota bayi kami yang terpapar di skrin.

Imej kurang jelas pada pandangan mataku. Mungkin kerana itu hanyalah imbasan 2 dimensi. Pada pandangan mata doktor yang sudah biasa dengan itu semua, mungkin dia tahu melalui pengalaman dan pengamatannya.

"Jawapan kepada persoalan encik dan puan sudah ada di depan mata kita sekarang. Nampak ni?" doktor menunjukkan imej satu anggota bayi kami.

"Mengikut apa yang kita nampak pada skrin ni, bayi encik dan puan adalah lelaki," doktor menyambung penjelasan memandangkan kami agak sukar mengecam imej yang ditunjukkan olehnya.

Rupa-rupanya, imej yang ditunjukkan itu adalah imej anggota jantina bayi kami.

Sebelum meninggalkan bilik itu, doktor berpesan bahawa jantina sebenar tidak semestinya sama dengan keputusan daripada pemerhatian tadi. Apa yang diputuskan tadi hanyalah semata-mata berdasarkan imej yang terpapar pada skrin.

"Nanti bila baby dah keluar, jangan lupa beritahu saya jantinanya," doktor itu berseloroh dengan mesra.

Kami tersenyum sambil mengucapkan terima kasih kepadanya.

Fasa penentuan nama bayi sudah semakin menyempit. Pancarian pula masih belum bertemu noktahnya. Proses penetapan format dan penapisan serta pertimbangan masih diteruskan untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Yang pasti, pangkal nama itu semestinya ialah perkataan 'Tengku' yang diwarisi daripada abinya.


Cetak catatan ini..

10 ulasan:

@LiYaNNuaR berkata...

wah... tumpang seronok mendengar perkhabaran dari kalian... semoga sihat kedua2nya hingga proses kelahiran...

utk mcari2 nama... cuba lihat di SINI

harap2 ianya mbantu kalian...

De' Sal berkata...

Haaa...dah tahu baby laki tu,cepat2lah pegi beli barang2 keperluannya.jangan lupa baby laki kena beli warna biru ya....

Lan dan Jie berkata...

Terima kasih Aliyannuar..

Kami menghargai bantuan yang diberikan..

Lan dan Jie berkata...

Owh.. Mesti warna biru ke?

Banyak lagi ni kena belajar dengan Puan Sal..

atty's berkata...

happynya..kty baca..tahniah ye..tumpang gembira...

Mama Hana berkata...

Salam ziarah, tahniah.. insyaAllah komfem lelaki tu :) Poliklinik seri kembangan tu kenangan betul, penah cuba nak check kat situ tapi bertahan 2 jam aje.. sejam beratur dan sejam tunggu giliran.. hehe. Tak tahan check kat klinik gomen :) Moga sihat dan selamat melahirkan ye.. amin

Lan dan Jie berkata...

Terima kasih, atty's..

Lan dan Jie berkata...

Terima kasih, Mama Hana.. Kirim salam pada abang khairudin..

CatlinaFly berkata...

salam..kat spital kerajaan di kluang,ade wat scan 2d ni tapi dia tak print..sy pun biasanye wat kat swasta..& kalau nak yang 3D (leh tgk muke baby!), anda berdua leh try cari kat mane2 maternity specialist..dlm RM50-60 je siap print,kdg2 ade yg siap bagi CD gmbr2 baby tu..boleh simpan wat kenangan..baby sy e-ein,sy wat scan 3D masa 7 bulan.wat sekali je ,sbb teringin nk tgk muke dia :)

Lan dan Jie berkata...

Ooo.. Ye ke? Bagus jugak kalau dapat tengok lebih awal. Tapi kalau tak tengok awal2, ok jugak sebab akan surprise bila baby keluar nanti..

Disediakan oleh Tengku Azlan || Hakcipta Terpelihara © 2008