Isnin, April 14, 2008

Kami ke pesta buku..

Assalamualaikum kepada pengunjung-pengunjung sekalian, dan salam sayang untuk isteriku..



Semalam, kami ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Semalam adalah hari terakhir pesta buku tersebut berlangsung, di mana ia bermula seawal 4 April 2008. Setelah sedikit tersesat, akhirnya kami sampai juga.


Kami sampai di sana agak lewat petang kerana pada pukul 4.00 petang, barulah kami bertolak dari rumah. Dengan perasaan berbelah-bagi sama ada ingin pergi atau tidak, akhirnya keputusan dibuat dan kami memulakan perjalanan dengan disambut hujan renyai-renyai, kemudian lebat di pertengahan perjalanan.


Setelah meninjau-ninjau booth-booth yang ada, sambil memerhatikan pelbagai gelagat manusia di situ, kami membeli buku yang berkenan di hati.



Sejak sebelum keluar dari rumah, isteriku memberitahu, dia teringin sangat nak makan Kentucky Fried Chicken (KFC). Katanya, sudah lama tidak merasa ayam dengan resipi rahsia itu. Sebelum ke kereta, kami berjalan ke The Mall yang bersebelahan dengan PWTC, dengan harapan bahawa KFC ada di situ. Pusing punya pusing, rupa-rupanya KFC tiada di dalam The Mall. Pelik jugak bila McDonald, PizzaHut, dan beberapa restoran makanan segera seumpamanya ada di situ, tetapi KFC tiada.


Selepas itu, kami menuju ke kereta. Setelah menempuh sedikit traffic jam yang agak teruk, perjalanan kembali lancar sebaik sahaja kami keluar dari kesesakan kawasan tumpuan berhampiran dengan pusat bandar. Sambil memandu, mata sekali-sekala meninjau-ninjau ke sebelah jalan, kot-kot ada restoran KFC yang boleh kami singgah.



Akhirnya, selepas beberapa meter sahaja dari plaza tol Sungai Besi, kami nampak satu restoran KFC di sebelah kiri jalan. Kami berhenti. Kerana sudah malam dan kami pun agak keletihan, kami tidak makan di restoran tersebut. Kami membuat pesanan untuk dibungkus. 2 Colonel Chicken Rice Combo. Setelah selesai berurusniaga di kaunter, kami menyambung perjalanan pulang.


Sesampainya di rumah, kami menikmati hidangan itu bersama-sama.


Sekian, dan jumpa lagi di catatan yang lain..


Cetak catatan ini..

2 ulasan:

Shu berkata...

shu dulu kerja belakang pwtc. kat sebelah kanan pwtc, ada kfc, boleh jalan kaki je hehe. mmg the mall takde. neway, kfc dah tukar wajah menu die ek? dulu merah, now dah biru :) kimsalam kak wan sajirah.

Tanpa Nama berkata...

Owh, ye ke Shu? Takpe la. Dah dapat, kan? InsyaALLAH, salam akan disampaikan..

Disediakan oleh Tengku Azlan || Hakcipta Terpelihara © 2008