Isnin, April 07, 2008

Jiran kami..

Assalamualaikum..

Hari sabtu, 2 hari lepas, sebuah keluarga jiran kami telah menjemput kami ke majlis sambutan hari lahir anak mereka. Bagus juga bila ada jamuan sebegini. Lebih-lebih lagi bagi kami yang masih baru di situ. Dapat lah kami bertegur-sapa dan beramah mesra sesama tetangga.

Selepas solat maghrib dan bersiap untuk keluar ke Jusco Taman Equine, kami singgah di rumah mereka di sebelah rumah kami. Sempat kami berkenalan dengan si suami. Namanya Zamani. Dengan si isteri, tak sempat kami berbual memandangkan dia nampaknya agak sibuk dengan menambah hidangan dan melayan tetamu-tetamu lain.

Sekejap sahaja di rumah mereka, kami meminta diri kerana ingin terus ke Jusco untuk membeli beberapa keperluan dapur.

Sekian diceritakan..


Cetak catatan ini..

0 ulasan:

Disediakan oleh Tengku Azlan || Hakcipta Terpelihara © 2008