Khamis, April 24, 2008

Icon berjaya ditukar!

Assalamualaikum dan salam harmoni..


Alhamdulillah, hari ini aku berjaya membuat satu lagi perubahan kepada blog ini, iaitu pada address barnya, dengan menukar daripada default icon sesuatu laman web, kepada icon penghasilan atau pilihan sendiri.


Sebagai contoh, icon bagi Blogger ini adalah seperti berikut :


Setelah membuat icon sendiri dan menggantikan tempat icon Blogger itu, inilah hasilnya, sebagaimana yang dapat dilihat pada address bar di atas :


Mari kita sama-sama mengikuti 3 langkah mudah ini!


Langkah 1 :

Hasilkan icon anda sendiri dengan menggunakan mana-mana perisian penyunting imej (image editor) anda, atau dapatkan mana-mana icon kesukaan anda.

Yang penting di sini ialah, sila pastikan bahawa,
  • saiz imej tersebut ialah 16 piksel x 16 piksel, dan
  • fail imej tersebut mestilah berada dalam format IconAnda.ico.


Jika perisian yang anda gunakan (seperti Adobe Photoshop) tidak dapat menyimpan fail IconAnda.jpeg atau IconAnda.JPEG sebagai fail IconAnda.ico, anda boleh memuatturun (download) perisian yang percuma dan ringkas ini, iaitu Imageicon 2.4, kemudian menginstallkannya untuk membolehkan anda menukar fail-fail imej anda kepada format tersebut.



Perisian ini sangat mudah dan ringkas!

Langkah 2 :

Muatnaik (upload) fail IconAnda.ico tersebut ke dalam mana-mana directori anda di dalam internet, dan dapatkan lokasinya.

Langkah 3 :

Salin (Copy) dan tampal (paste) coding ringkas di bawah ini ke dalam coding HTML bagi website atau blog anda, di dalam HEAD section, iaitu di antara tag pembuka, <HEAD>, dan tag penutup, </HEAD>. Gantikan http://LokasiDirektoriAnda/IconAnda.ico kepada lokasi yang telah anda upload tadi.

<link rel="shortcut icon" href="http://LokasiDirektoriAnda/IconAnda.ico" ></link>


Sekarang, anda sudah mempunyai icon pilihan anda sendiri!


Cetak catatan ini..

0 ulasan:

Disediakan oleh Tengku Azlan || Hakcipta Terpelihara © 2008