Rabu, April 16, 2008

Kekasih Yang Dirindu..

Assalamualaikum dan selamat berkunjung..

Lagu Kekasih Yang Dirindu ini begitu menyentuh hatiku. Hati terasa begitu banyak melupakan Rasulullah yang sepatutnya kita rindui setiap saat dan ketika. Sedih melanda diri bila alunan syahdu daripada Nazrey Johani ini disandarkan kepada diri yang sentiasa lalai ini..


Marilah kita sama-sama menghayati lagu dan liriknya.




Kekasih Yang Dirindu

Ya Rasul, Ya Habib,
salamun alaik..

Aku duduk sendirian merindu,
pemergian seorang kekasih.
Walau lama penantianku ini,
aku yakin pasti bertemu.

Aku tahu padanya tiada mungkir,
kerana itu bukanlah sifatnya.
Di akhirat kan bersua lagi,
dengan mereka yang merinduinya.

Kerana dia telah pun berjanji,
akan memberi syafaatnya nanti.
Saat itu pasti kan terjadi,
pada umatnya yang bertaqwa.

Telah beribu tahun sudah berlalu,
keagungannya pernah berlaku.
Sejarahnya akan berulang lagi,
sebelum tibanya kehancuran.

Namun yang percaya hanyalah mereka,
yang rindukan kekasih.
Namun yang merindu hanyalah mereka,
yang selalu berselawat.

Ya Nabi, Ya Rasul,
salamun alaik.
Ya Habib,
salamun alaik.

Kerana dia telah pun berjanji,
akan memberi syafaatnya nanti.
Saat itu pasti kan terjadi,
pada umatnya yang bertaqwa.

Telah beribu tahun sudah berlalu,
keagungannya pernah berlaku.
Sejarahnya akan berulang lagi,
sebelum tibanya kehancuran.

Namun yang percaya hanyalah mereka,
yang rindukan kekasih.
Namun yang merindu hanyalah mereka,
yang selalu berselawat,

yang selalu berselawat..


Cetak catatan ini..

0 ulasan:

Disediakan oleh Tengku Azlan || Hakcipta Terpelihara © 2008