Khamis, April 03, 2008

Beberapa coretan..

Assalamualaikum dan bertemu kembali..

Sabtu, 29 Mac 2008, anak saudara isteriku, Zati datang dari UIAM. Kami mengambilnya di Stesen Komuter Serdang. Petang itu, kami bertiga bertolak ke Seremban untuk menziarahi ibu saudaraku di sana; Mak Na. Aku mendapat tahu bahawa 2 keluarga ibu saudaraku (Makcik Yah dan Mak Ra), dengan anak-anak masing-masing, dan nenekku (Mok) dari kampung telah berkunjung ke rumah Mak Na. Sebab itu lah, kami membuat keputusan untuk ke sana. Nanti dapat lah kami berkumpul di sana.


Setelah mendapat berita daripada Mak Na bahawa mereka semua sedang berada di Nilai 3, kami berjanji dengan mereka untuk bertemu di situ. Dapat la juga kami ikut serta berjalan-jalan di Nilai 3.


Sesampainya di Nilai 3, mereka rupa-rupanya sudah ingin pulang ke Seremban. Walaupun kami tidak sempat pusing-pusing Nilai 3, kami memutuskan untuk mengikut mereka balik ke rumah Mak Na. InsyaALLAH, pada kesempatan yang lain, kami akan berkunjung lagi ke Nilai 3.


Setelah sampai di rumah Mak Na, Mok menghidangkan nasi specialnya iaitu NASI KERABU. Sesiapa yang pernah mencuba nasi kerabu Mok, pasti akan sentiasa mendambakannya.


Rumah Mak Na ketiadaan bekalan air pada hari itu. Dalam keadaan ramai tetamu macam tu, sumber utama itu pulak terputus. Kesiannya.


Selepas kami solat Asar & Maghrib berjemaah di rumah Mak Na, kami meminta diri untuk pulang ke rumah kami di Seri Kembangan.


Selasa, 1 April 2008, balik dari tempat kerja, kami balik mengambil Zati di rumah kami untuk dibawa ke rumah Kak Mah. Kak Mah lah yang ingin anak saudaranya itu bermalam di rumahnya sebelum Zati balik ke UIAM.


Sekian diceritakan..


Cetak catatan ini..

0 ulasan:

Disediakan oleh Tengku Azlan || Hakcipta Terpelihara © 2008