Khamis, April 17, 2008

Lindungi isteri sesudah akad nikah..

Assalamualaikum dan selamat bertemu kembali..

Di atas permintaan daripada beberapa orang sahabat, aku membelek kembali diari yang telah aku sediakan di ambang perkahwinan kami. Diari tersebut sebenarnya adalah untuk tujuan persiapan diri kami menuju hari yang bahagia itu.


Alhamdulillah, keratan doa tersebut masih elok tersemat dan tertampal di dalam diari itu. Kepada bakal pengantin (lelaki sahaja ye), anda mempunyai pilihan untuk mengamalkan doa yang isnadnya hasan (baik) ini kepada isteri anda sebaik sahaja selamat diijabkabulkan. Terpulang kepada diri kita sendiri untuk membuat keputusan. Yang paling penting, kita faham maksud doa ini, dan ia sememangnya sangat bagus untuk memohon kesejahteraan dalam kehidupan berumahtangga.


Untuk foto doa pada saiz yang sebenar, sila klik pada doa di sebelah kanan ini.


Untuk mendengar bacaan doa tersebut, sila klik butang di bawah..



Terima kasih..


Cetak catatan ini..

0 ulasan:

Disediakan oleh Tengku Azlan || Hakcipta Terpelihara © 2008