Assalamualaikum pengunjung-pengunjung sekalian..
Indahnya hidup ini bila kita berada dalam persekitaran yang mendamaikan jiwa dan nurani. Alhamdulillah, kami dapat mewujudkan bi'ah solihah (suasana yang baik) dalam rumahtangga yang baru dibina ini. Saban hari kami berdoa agar diberikan kekuatan supaya keadaan ini sentiasa menyinari hidup kami.

Setiap waktu solat yang memungkinkan kami solat bersama-sama, kami akan berusaha untuk melakukannya secara berjemaah. Alhamdulillah, kami masih kuat untuk terus beristiqamah. Kekuatan ini sesungguh-sungguhnya adalah datang daripada DIA jua. Terima kasih, TUHAN. Walaupun nampak remeh, tetapi solat berjemaah ini lah yang akan menyuntik kekuatan dalam sesuatu komuniti atau keluarga. Kami sangat bersyukur di atas kurniaan ini.

Setiap kali selesai solat maghrib, isteriku akan membaca Al-Quran di hadapanku. Aku akan menjelaskan kefahaman daripada ayat-ayat berkenaan secara ringkas. Setelah itu, kami akan memasak bersama-sama. Rasa kebersamaan sememangnya adalah perkara paling penting bagi setiap pasangan yang mendambakan kebahagiaan yang berpanjangan.

"Alangkah indahnya hidup bersama ILAHI"..

Indahnya hidup ini bila kita berada dalam persekitaran yang mendamaikan jiwa dan nurani. Alhamdulillah, kami dapat mewujudkan bi'ah solihah (suasana yang baik) dalam rumahtangga yang baru dibina ini. Saban hari kami berdoa agar diberikan kekuatan supaya keadaan ini sentiasa menyinari hidup kami.Setiap waktu solat yang memungkinkan kami solat bersama-sama, kami akan berusaha untuk melakukannya secara berjemaah. Alhamdulillah, kami masih kuat untuk terus beristiqamah. Kekuatan ini sesungguh-sungguhnya adalah datang daripada DIA jua. Terima kasih, TUHAN. Walaupun nampak remeh, tetapi solat berjemaah ini lah yang akan menyuntik kekuatan dalam sesuatu komuniti atau keluarga. Kami sangat bersyukur di atas kurniaan ini.
Setiap kali selesai solat maghrib, isteriku akan membaca Al-Quran di hadapanku. Aku akan menjelaskan kefahaman daripada ayat-ayat berkenaan secara ringkas. Setelah itu, kami akan memasak bersama-sama. Rasa kebersamaan sememangnya adalah perkara paling penting bagi setiap pasangan yang mendambakan kebahagiaan yang berpanjangan."Alangkah indahnya hidup bersama ILAHI"..









Hari ini, isteriku tidak masuk kerja. Katanya, letih. Kesian isteriku. Kurang sihat. Jadi, pukul 8.00 pagi tadi, aku terus memandu ke tempat kerjaku tanpa perlu menghantarnya terlebih dahulu seperti kebiasaannya pada hari-hari bekerja.
"Jaga diri elok-elok. Nanti Sayang kunci pintu dan pagar, ye.", aku meninggalkan kunci rumah kepadanya. Aku sebenarnya bimbang untuk meninggalkan isteriku sendirian di rumah.
Gambar di atas adalah gambar sebatang pen. Semua orang pun tahu, kan? Nampak seperti pen-pen yang biasa kita lihat di mana-mana. Tapi, ketahuilah bahawa pen ini sangat tinggi nilainya bagi diriku kerana pen ini adalah hadiah hari lahir daripada seorang yang sangat istimewa pada kira-kira 5 tahun yang lepas.
Ini bermakna, sejak 5 tahun lepas juga lah, aku memiliki pen ini. Pen ini masih elok dan masih boleh digunakan. Pen ini mempunyai nilai yang tersendiri dalam kamus hidupku. Sukar untuk digambarkan di sini. Namun, apa yang pastinya, aku amat menyayangi insan yang telah menghadiahkan pen ini. Kini, insan tersebut telah menjadi isteriku.

