Rabu, Julai 08, 2009

Ummair sebelum dan selepas cukur jambul..

Assalamualaikum..

Sejak dilahirkan lagi, rambut Ummair memang lebat sehingga setiap orang yang datang menziarahi Ummair sama ada di hospital atau di rumah mertuaku akan menjawab "Ini mesti bayi perempuan" apabila diminta meneka jantina putera kami itu.

Rambut Ummair yang sangat lebat dan hitam itu membolehkan kami menyikatnya dengan rapi setiap kali selepas Ummair dimandikan. Kadang-kadang, rimas juga melihat rambut Ummair di sebelah tepi yang menutup separuh telinganya. Menurut kata Ma, keadaan Ummair itu sama dengan keadaanku sewaktu kecil dahulu.

Ummair sebelum rambutnya dipotong pendek..


Setelah selesai majlis tahnik dan cukur jambul Ummair, aku dan isteriku bertungkus-lumus memotong rambut Ummair yang lebat itu. Keadaan menjadi sukar kerana Ummair tidak duduk diam sepanjang proses itu. Akhirnya rambut Ummair sudah pendek dan kemas.

Ummair selepas rambutnya dipotong pendek..


Cetak catatan ini..

6 ulasan:

atty's berkata...

lebat rambut ummair..nie..

-=* ummuhuraira *=- berkata...

Nape x ckr semua rambutnyer...

Nurshuhada Zainon berkata...

a ah... i thot cukur sampai botak ;) comel tol rambut umair dah pendek.

Lan dan Jie berkata...

Sebenarnya mulanya memang nak cukur habis tapi tak berani sebab Ummair tak duduk diam. Takut luka kulit kepalanya yang masih lembut tu.

Masa tidur pun Ummair akan bergerak walaupun hanya ada sedikit bunyi. Itu yang menyukarkan kami.

Tanpa Nama berkata...

comelnya anak psgnn ni.smg mnjd ank yg soleh dan penawar suka n duka:)

CatlinaFly berkata...

:) samalah dengan baby E-ein.Mulanya mmg nak cukur abis tapi tak beraniiii...

Disediakan oleh Tengku Azlan || Hakcipta Terpelihara © 2008