Selasa, Julai 28, 2009

Hanya yang terbaik untuk Ummair..

Assalamualaikum..

Keinginan untuk menyusukan Ummair dengan susu ibu sahaja selama dua tahun sudah lama diluahkan oleh isteri kepadaku, iaitu sejak sebelum kehadiran Ummair, malah di awal perkahwinan kami. Aku menyokong sepenuhnya hasratnya itu memandangkan susu ibu sememangnya adalah susu yang terbaik untuk bayi.

Pam elektrik yang membantu usaha kami..

Sejak kelahiran Ummair sehingga umurnya sebulan lebih, isteriku menyusukan Ummair secara langsung sahaja tanpa perantaraan botol. Selepas itu, isteriku mula membuat simpanan susu sebagai bekalan bagi Ummair sewaktu isteriku bekerja.

Aku pernah beberapa kali memberikan susu ibu yang dimasukkan ke dalam botol. Alhamdulillah, syukur kerana Ummair tidak menolak botol yang aku berikan kepadanya, malah sekejap sahaja susu yang disukat sebanyak 2 Oz itu dihabiskannya. Maklum lah, anak lelaki memang lebih kuat menyusu berbanding anak perempuan. Mungkin 2 Oz tidak cukup bagi Ummair untuk sekali menyusu.

Aku sungguh terharu dan kagum dengan kegigihan isteriku untuk meneruskan niat murni kami itu. Aku terus memberikan sepenuh sokongan agar isteriku lebih tabah dengan pelbagai kata-kata negatif yang dilemparkan mengenai usaha kami ini.

58 botol simpanan pada hari pertama isteriku bekerja semalam..


"Cukup ke susu tu nanti? Nanti kasihan pada bayi tu!"

"Mula-mula ni sahaja susu banyak. Bila dah masuk kerja, susu tak banyak!"

Itu adalah antara contoh ayat negatif yang kami dengar terutamanya ketika kami berada di kampung, apabila kami menyatakan hasrat suci kami itu. Setakat ini, kami yakin untuk meneruskan usaha kami ini.

Kami mengakui bahawa usaha ini bukanlah satu perkara yang mudah, tetapi kami akan terus mencuba agar hasrat ini terlaksana jua. Kami akan memberikan yang terbaik untuk Ummair. Kami yakin bahawa ramai lagi ibu yang berfikiran seperti kami di zaman yang serba moden ini.


Cetak catatan ini..

8 ulasan:

Hairin Herlina Abdul Halim berkata...

salam..

yg penting, jgn give up utk fully breastfeeding.. Biar apa org kata, yg penting kita tahu apa yg kita buat.. Selalunya org2 lama mmg akan ckp pelbagai perkara negatif. Tp hakikat yang tak boleh diketepikan ialah, breast milk is the best !!!!

Lan dan Jie berkata...

Terima kasih Hairin.. Moga niat suci ini dapat direalisasikan..

CatlinaFly berkata...

saya sokong!teruskan breast feeding ye!sayangnya baby e-ein sempat ekslusif BF selama 2 bulan jek..pastu ajar susu formula utk siang, malam je BF....

"susu ibu makanan sempurna utk bayi"

pesan pada isteri, masa susu tgh byk ni, simpan stok byk2, perah 3-4 jam sekali & simpan...sebab bila dah kerja kita stress, bila stress & penat, penghasilan susu leh kurang, better simpan byk2 utk hari akan datang!:) take care...

Lan dan Jie berkata...

Catlina,

Sayang sungguh ye, tak dapat teruskan sampai dua tahun. Sebab itu lah persediaan awal perlu. Mesti dapatkan maklumat secukupnya dan membuat simpanan untuk bekal pada waktu masuk bekerja..

Moga kami dapat meneruskannya sehingga Ummair berumur dua tahun..

Hanya yang terbaik untuk Ummair!

Nurshuhada Zainon berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Nurshuhada Zainon berkata...

i think zaman skang dah berubah, sape yg TAK BF tu lagi ramai org kata... toi x? sbb skang smua org dah well educated ttg khasiat bf ni. kemudahan pun mcm2. ada offices pun yg sediakan tempat ibu2 utk pam susu. tapi tak dinafikan, sesetengah ibu mempunyai masalah mcm tak cukup susu, sbb ada few of my frens yg mmg dari anak lahir susu sikitttt sgt, even sampai 2-3bulan pun, sampai baby lapar n doktor pakar terpaksa menasihatkan mix dgn susu formula.

whatever choices or options, mothers must have reasons and... of course everyone wants to give the best for their kids.

and ttg stress tu sangatlah trueee... mmg kalau stress mengurangkan produktivi susu - terbukti. so para bapa n suami, disebabkan kalian takde susu utk diperah, adalah besar pranan anda utk menyokong isteri dgn mengurangkan stress n beban isteri, hehe *wink*.

Lan dan Jie berkata...

Ye la Shu..

Sebagai suami dan ayah, memang itulah peranannya. Walaupun nampak remeh, tapi itu sangat berharga bagi isteri tercinta..

Hairin Herlina Abdul Halim berkata...

hahaha... kelako pulak baca statement Shu pasal para suami tu...:)

Disediakan oleh Tengku Azlan || Hakcipta Terpelihara © 2008