Sabtu, Julai 25, 2009

Kisah Ummair di Jusco..

Assalamualaikum..

Petang tadi kami membawa Ummair ke Jusco di Taman Equine. Ini adalah kali pertama Ummair dibawa bersama kami ke pusat membeli-belah seperti itu. Beberapa hari sebelum ini, kami meninggalkan Ummair seketika di rumah KakMah sementara kami ke Jusco dan beberapa tempat lain untuk membeli beberapa keperluan kami sekeluarga.


Selesai membeli barang-barang keperluan di tingkat bawah, kami menuju ke tingkat atas iaitu di bahagian pakaian dan aksesori bayi. Belum sempat selesai memilih barang yang ingin dibeli, Ummair menangis. Mungkin sudah tiba masa menyusunya. Isteriku terus membawa Ummair menuju ke bilik menyusu yang berada tidak berjauhan dari tempat tersebut.

Setelah selesai membuat bayaran di kaunter, aku menuju ke tempat mereka berdua. Ummair nampaknya bersungguh-sungguh menyusu. Lama juga kami berada di dalam bilik tersebut memandangkan Ummair seolah-olah tidak mahu melepaskan peluang yang diberikan kepadanya itu.

Setelah semuanya selesai, kami pulang ke rumah. Akhirnya hari ini kami memperoleh satu pengalaman baru dengan Ummair di Jusco. Kami berasa sangat penat tetapi pengalaman bersama putera sulung kesayangan kami hari ini memang tidak dapat kami lupakan.













Cetak catatan ini..

0 ulasan:

Disediakan oleh Tengku Azlan || Hakcipta Terpelihara © 2008