Isnin, Julai 27, 2009

Hari pertama isteriku bekerja setelah bergelar Ummi..

Assalamualaikum..

Hari ini adalah hari pertama isteriku memulakan kerjanya setelah cuti bersalin dan berpantang selama 60 hari. Buat sementara waktu, kami meletakkan Ummair di rumah KakMah. InsyaAllah awal bulan Ogos nanti kami akan meninggalkan Ummair di rumah pengasuh yang tidak berjauhan dari kediaman kami.


Sebagai seorang ayah, mungkin perasaanku sedikit berbeza dengan perasaan isteriku sebagai seorang ibu. Pagi tadi, aku dapat merasakan perasaan isteriku yang sedih untuk meninggalkan Ummair buat kali pertama untuk beberapa jam waktu bekerja. Semoga isteriku tabah melalui hari-hari yang mendatang.


Cetak catatan ini..

4 ulasan:

Nurshuhada Zainon berkata...

yes it is hard to leave kids at home with their babysitter, at some point, feeling be a housewife is the best. for me, anak dah 2 pun still having that feeling. Tapi nak buek camno.. this is life..

CatlinaFly berkata...

salam..lumrah lah tu..mula2 nak tinggalkan baby..siap rasa cam tak nak g keje je, nak mengadap baby 24jam!semua ibu rasa mcm tu...take care ok..tabahkan ati ye..

Lan dan Jie berkata...

Terima kasih, Shu..
Sungguh besar nilai kasih sayang seorang ibu, kan?

Lan dan Jie berkata...

Catlina,
Terima kasih ye, tinggalkan komen di sini.

Sebagai seorang suami dan ayah, orang lelaki juga mesti memahami perasaan isteri yang baru bergelar ibu..

Disediakan oleh Tengku Azlan || Hakcipta Terpelihara © 2008