Rabu, Mac 03, 2010

Realiti amalan solat hari ini..

Assalamualaikum..

Hari ini terdetik di hatiku untuk menulis mengenai realiti amalan solat di kalangan masyarakat kita di Malaysia pada masa kini. Sebenarnya sudah lama keinginan ini timbul setelah melihat situasi ini pada masyarakat persekitaran.


Walaupun negara ini sudah terkenal sebagai negara Islam di kaca mata dunia, namun kesedaran mengenai ibadah yang menjadi tunjang agama ini nampaknya benar-benar dianggap remeh. Islam hanya dilihat sebagai agama pengakuan semata-mata, sedangkan praktikalnya diabaikan.

Pengalaman berada di negeri pantai barat beberapa tahun telah membuka mataku mengenai situasi yang amat membimbangkan ini. Rupa-rupanya solat atau tidak solat bukanlah menjadi perkara penting di kalangan masyarakat kota yang sibuk dengan urusan kerja masing-masing.

Teringat pula kami adik-beradik semasa di alam persekolahan suatu masa dahulu. Kami sering diingatkan supaya tidak meninggalkan amalan solat walau sesibuk mana pun kami. Jika berkelapangan, kami berjemaah bersama-sama.


Berada di kalangan masyarakat yang jauh daripada solat mengejutkan aku pada awal-awal dahulu. Terasa janggal. Tetapi, rupa-rupanya kita yang menjaga solat pula dilihat janggal kerana menjaga setiap waktu solat. Bagi mereka, hanya orang yang bergelar ustaz atau yang seangkatan dengannya sahaja perlu menjaga solat.

Satu lagi perkara pelik mengenai solat ialah, mereka langsung tidak segan mengakui bahawa mereka memang tidak solat, sedangkan mereka bermati-matian mempertahankan kedudukan mereka sebagai muslim.

Inilah realiti masyarakat kita. Kita yang menyedari dan memahami perkara ini perlu menegur dengan berhikmah. Semoga isu ini juga akan dipandang serius oleh pihak yang berkenaan suatu masa nanti.


Cetak catatan ini..

2 ulasan:

gO mi NaM berkata...

ya..saya setuju..trend sekarang kalau ppergi jln,atau shopin bagai n tgk wayang seolah2 boleh meninggalkan sembahyang..sembahyang hanya dirumah sahaja..masyallah..

Abd Rahim berkata...

Ramai yg mengaku Islam, tetapi segala suruhan dan larangan Allah di abaikan...

Disediakan oleh Tengku Azlan || Hakcipta Terpelihara © 2008