Ahad, Mac 14, 2010

'Susah kan pilih susu anak?'

Assalamualaikum..



'Susah kan pilih susu anak?'

Ayat ini dipetik daripada satu iklan susu formula di kaca televisyen. Sejauh mana kebenaran ayat tersebut? Mendengar sahaja ayat tersebut pertama kali dahulu, dua perkara terlintas di fikiranku.

Perlukah memilih?

Perkara pertama ialah mengenai perihal memilih. Pada pendapat pembaca sekalian, jika sudah tersedia yang terbaik, perlukah kita memilih di kalangan yang baik atau yang tidak baik (bukan yang terbaik) selain daripada yang terbaik itu? Sudah tentu kita tidak teragak-agak untuk mengambil yang terbaik dan sudah tersedia di depan mata itu tanpa perlu memikirkan proses pemilihan yang lain-lainnya yang perlu dicari di merata-rata tempat itu.

Jadi, begitu juga halnya dengan isu penyusuan ini. Susu ibu yang sudah tersedia dengan zat-zatnya yang lengkap tanpa perlu dibayar perlu dimanfaatkan sebaik mungkin tanpa perlu memilih produk-produk yang belum tentu lengkap untuk keperluan si kecil kita. Tambahan pula, ia perlu dicari di kedai-kedai dan mesti dibeli setiap kali kehabisan stok.

Susahkah memilih?

Apabila kita tidak perlu memilih, sudah pasti langsung tidak timbul soal senang atau susah. Isu sukar hanya akan timbul jika kita memilih sesuatu untuk dibandingkan, sedangkan kita sudah mengambil yang terbaik tanpa perlu membuat sebarang pilihan kerana susu ibu telah terbukti adalah yang terbaik untuk bayi.


Cetak catatan ini..

5 ulasan:

CatlinaFly berkata...

salam cik azlan dan keluarga..

tertarik utk komen bila baca entry ni.sy akui memang susah nak pilih susu formula ni, dan pengalaman sy sebagai ibu ex-BF, bukan tak mahu beri anak menyusu bdn, tapi mungkin juga khilaf sy sebagai ibu kali pertama, gagal melengkapkan diri dgn ilmu penyusuan bdn ni...anak sy telah berhenti direct BF pada umur 4 bulan, dan sambung minum EBM selama sebulan selang seli dgn susu formula, selepas EBM habis, dan sy dah takde stok susu(dah kering), maka anak sy pun pun menyusu FM sepenuh masa skrg.Sy juga telah membuat relaktasi selama 3 bulan (proses supaya susu bdn terhasil semula, siap beli pam letrik bagai,mkn mknan penggalak susu tapi mungkin dah ditakdirkan rezeki susu sy setakat itu je) , maka, tak berjaya.

Sedeih memang sedih, tapi dari kegagalan ini sy berazam utk fully BF bg anak kedua nanti insya Allah..memang susah nak pilih susu formula, tapi yang penting,semua ibu bapa cuma mahukan yang terbaik utk anak2....wallahualam..

HaLiMaTuN SaAdIaH berkata...

memanglah susu ibu adalah yang terbaik.. dan pasti semua parents pon nak yang terbaik untuk anak diaorang. tapi tak semua orang yang bernasib baik dapat breastfeed baby diaorang.. contoh saya sendiri lah..macam-macam usaha buat, tapi memang tak keluar.. plus kurang pengetahuan dan takde orang yang berpengalaman nak ajar.. menjadikan usaha tak berhasil.. ada orang yang lansung tak ada susu selepas bersalin..
walaubagaimana pon, untuk baby yang bakal lahir ni, saya tetap berazam nak kasi susu badan sebagaimana saya pernah berazam masa mengandungkan Aisyah dulu. lagipon, kat US kemudahan senang nak belajar, ada kelas free.
Jadi pendapat saya, kalo kita tengok ada orang yang tak kasi susu badan, bukan sebab diaorang nak cari masalah nak kasi susu formula, mesti ada sebab kenapa diaorang terpaksa keluarkan duit dan berpeluh pegi ke kedai untuk beli susu. Kalo difikir-fikir, sapa yang nak habiskan duit dan kasi sesuatu yang kurang asli kepada anak yang dikandung susah payah selama 9bulan 10 hari kan???

An-Naurah berkata...

Hmm :) well said mommies... bukan semua ibu bernasib baik utk ade stok susu ibu yg banyak. Dan yg bg susu formula.. bukan bermakna tak bagi yang terbaik. Allah tentukan rezeki anak utk susu badan tu mengikut kehendakNya (bg yg berusaha). Raikanla rezeki masing2... takde yg lebih dan takde yg kurang... :) Bersyukur sekiranya byk stok dan insafi bg yg kurang stok. Takut next time, Allah uji kite pulak tergolong di kalangan 'yg terpaksa memilih' :)

Abi, Ummi, dan Ummair berkata...

Terima kasih Catlina, Matun, dan An-Naurah kerana meninggalkan komen di sini..

Tak sangka pulak akan ada respon yang panas mengenai entry ini.

Apa yang ditulis di dalam blog kami hanya pendapat kami semata-mata. Kami menghargai setiap komen yang diberi.

Catatan ini sebenarnya bersifat umum. Apa yang terlintas di fikiran, diluahkan. Ia lebih kepada menyentuh tahap kesedaran masyarakat kita mengenai isu ini kerana banyak pihak sekarang seolah-olah memandang sinis kepada usaha sebegini, termasuk golongan ibu-ibu kita.

Dari satu sudut lagi, iaitu kesedaran sudah ada tetapi tidak mampu meneruskan usaha ini, kami tidak ketengahkan dalam entry ini.

Memang benar, ramai juga di luar sana mengalami masalah sehingga tidak mampu memberikan yang terbaik ini untuk si kecil. Kami sangat-sangat bersyukur kerana kami diberikan kekuatan dan kemampuan itu.

Cuma, antara yang terpenting dalam usaha ini ialah, persediaan awal dan ilmu yang mencukupi, juga seawal mungkin. Banyakkan mencari info yang berkaitan. Selalu bertanya pada yang pakar dan berpengalaman.

InsyaAllah, ini membantu untuk memudahkan kesinambungan berterusan.

Kami juga tidak menolak kemungkinan jika terpaksa memilih. Tapi, setiap masa kami berdoa agar dimudahkan segala urusan untuk meneruskan niat murni ini.

Alhamdulillah, Ummair berjaya disusukan secara eksklusif selama 6 bulan berkat doa, niat dan usaha mempelajarinya sewaktu awal pernikahan lagi, dan persediaan secukupnya.

Mohon maaf jika ada yang terasa hati dengan nukilan ini. Semoga kita semua diberikan kemudahan oleh Allah dalam segala urusan.

CatlinaFly berkata...

salam ;) bukan panas..it means that entry ini mengundang pendapat kaum2 ibu :)..u patut tulis lagi entry yang bernas mcm ni :) dan boleh dgr pendapat ramai org, itu tujuan berblog, utk dapatkan kawan dan pandangan dari kawan...

semoga dipermudahkan urusan kita olehNya..amin..

Disediakan oleh Tengku Azlan || Hakcipta Terpelihara © 2008