Sabtu, Ogos 01, 2009

Seronok melihat Ummair membesar dengan sihat..

Assalamualaikum..


Petang tadi, kami ke klinik untuk suntikan Ummair bagi umur dua bulan. Apa yang membuatkan kami sedikit tersenyum di dalam bilik doktor tadi ialah, Ummair sedikit pun tidak menangis ketika disuntik, sehinggakan isteriku bertanya kepada doktor,

"Sudah siap, doktor?"

"Sudah, puan. Kuat ye semangat Ummair ni. Tak nangis," doktor menjawab.

Aku yang berada di sebelah memang melihat apa yang berlaku itu. Ummair memang langsung tidak menangis, tidak seperti suntikan pada bulan lepas.

Alhamdulillah, berat Ummair sudah 4.90 kilogram berbanding 3.97 kilogram pada 30 Jun yang lalu. Nampaknya ada pertambahan hampir sekilogram. Ummair semakin membesar dengan sihat.

Setelah pulang dari klinik, kami terus ke rumah Makcik Sal, salah seorang daripada jiran-jiran kami. Makcik Sal mengadakan sedikit jamuan. Sempat juga kami berbual-bual dan mereka memuji kecomelan Ummair.


Cetak catatan ini..

0 ulasan:

Disediakan oleh Tengku Azlan || Hakcipta Terpelihara © 2008