Isnin, Oktober 13, 2008

Akhbar yang semakin mendapat sambutan..

Assalamualaikum..

Hari ini, terdetik di hatiku untuk mencoret sedikit mengenai Sinar Harian, iaitu akhbar yang menjadi tatapanku saban hari semenjak mendirikan rumahtangga lebih kurang enam bulan yang lalu. Jika dahulu aku jarang membaca akhbar, sejak hati terpaut dengan akhbar tersebut, hampir setiap hari aku akan mendapatkan informasi daripada akhbar komuniti itu.



Aku yakin dan pasti bahawa bukan aku sahaja yang mula berjinak-jinak dengan akhbar Sinar Harian, malah ramai lagi rakyat Malaysia yang bertukar selera kepada akhbar itu.

Saban hari, akhbar Sinar Harian semakin mendapat tempat di hati pembaca-pembaca akhbar tanah air. Perkara ini berlaku kerana rakyat lebih mengharapkan laporan-laporan yang telus dan tidak 'berat sebelah'.

Dengan laporan yang bersifat setempat, setakat ini, Sinar Harian sudah pun mempunyai 5 edisi mengikut negeri, memandangkan terdapat sambutan yang begitu menggalakkan daripada pembaca-pembaca.

Kebanyakan akhbar sebelum ini biasanya mewakili sesebuah pertubuhan atau parti politik, lantas hanya melaporkan berita-berita yang baik mengenai pihak sendiri serta menyembunyikan fakta atau laporan mengenai kebaikan pihak lawan.

Perkara sebegini adalah tidak sihat kerana minda masyarakat kita seolah-olah dikongkong tanpa didedahkan dengan informasi yang tepat dan telus. Daripada maklumat yang separuh-separuh itu, masyarakat akan membuat penilaian yang salah mengenai sesuatu pihak.

Jika difikirkan sejenak mengenai masyarakat kita yang sudah 51 tahun merdeka, kita akan dapat memberikan sebab dan alasan kepada perubahan pemikiran orang kita itu. Ya, sebagai jiwa yang merdeka, sudah pastinya kita amat mendambakan berita yang telus dan terbuka.

Seharusnya, masyarakat diberi pendedahan yang sewajarnya agar penilaian dapat dibuat berdasarkan rasional sendiri, tanpa dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk kepentingan peribadi.

Di samping itu, selain daripada akhbar, media seperti televisyen juga seharusnya lebih terbuka dalam penyampaian informasi kepada rakyat.

P/s : Untuk pengetahuan pembaca, penulis tidak mendapat apa-apa bayaran daripada akhbar berkenaan kerana mempromosikannya. Ini hanya pandangan peribadi penulis.


Cetak catatan ini..

2 ulasan:

MullahTTDI berkata...

Salam Lan

Lama tak tinggalkan komen di dalam laman blog Lan. Pada Mullah, memang bagus akhbar Sinar ini kerana ada kelainan daripada akhbar-akhbar yang lain seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian. Akan tetapi, pembaharuan yang boleh akbar Sinar lakukan ialah dengan mengadakan ruang kolumnis oleh penulis-penulis Malaysia yang terkenal seperti Karim Raslan dan Joceline Tan. Ini telah dilakukan oleh akhbar The Star....

AzlanSajirah berkata...

Terima kasih untuk komen Mullah tu ye..

Disediakan oleh Tengku Azlan || Hakcipta Terpelihara © 2008