Ahad, September 13, 2009

Membawa Ummair berjalan-jalan..

Assalamualaikum..

Jika pada hari-hari bekerja yang lain Ummair hanya menjalani rutin hariannya iaitu dihantar ke rumah pengasuh pada waktu pagi dan diambil dari rumah pengasuh pada waktu petang, hari ini kami telah membawa putera kami berjalan-jalan ke beberapa pusat membeli-belah di Putrajaya. Tujuan utama kami ialah untuk membeli beberapa keperluan sempena menyambut bulan Syawal tidak berapa lama lagi.

Ummair yang comel diriba oleh Ummi yang cantik..


Ummair didukung oleh Abi..


Setelah siap membeli-belah, kami pulang ke rumah seketika sebelum menuju ke rumah bapa saudaraku (AyahMan) di Puchong Utama untuk berbuka puasa. Sebenarnya AyahMan tiada di rumah kerana dihantar bertugas di Mekah. Kami ke sana kerana ingin bertemu dengan nenekku setelah mengatahui bahawa nenekku ada di sana. Isteri AyahMan (CikJah) juga ada bersama-sama dengan empat orang anaknya.


Cetak catatan ini..

0 ulasan:

Disediakan oleh Tengku Azlan || Hakcipta Terpelihara © 2008