Jumaat, September 18, 2009

Mari beretika di lebuhraya menjelang raya..

Assalamualaikum..

Bermula hari ini semestinya kebanyakan umat Islam sudah berpusu-pusu pulang ke kampung halaman masing-masing. Bagi mereka yang pulang ke pantai timur terutamanya ke Kelantan, waktu sebegini lah kita dapat menyaksikan kenderaan bertali arus beratur di lebuhraya.

Walaupun berasa tertekan ketika dalam perjalanan yang panjang itu, sebenarnya di sebalik itu terdapat perasaan yang tidak sabar-sabar untuk tiba di kampung.

'Abi, Ummi! Ummair tak sabar nak balik kampung ni..'

Bagi kami, raya tahun ini adalah Aidilfitri pertama kami bersama putera kami, Ummair. Ummair yang baru berusia hampir empat bulan kelihatan seolah-olah tidak sabar untuk pulang menemui sanak-saudara yang sedang menanti di kampung.

Kami insyaAllah akan bertolak pada awal-awal pagi sabtu sebelum azan Subuh dengan harapan agar jalan belum mengalami kesesakan yang melampau. Kepada pengguna-pengguna lebuhraya yang bakal bertolak pada waktu yang sama dengan kami, kita mungkin akan berada dalam satu barisan di lebuhraya nanti. Semoga kita semua beretika ketika menggunakan lebuhraya kerana kita semua mempunyai tujuan yang sama iaitu ingin tiba di kampung dengan selamat.

Selamat menyempurnakan Ramadan yang diberkati dan selamat menyambut kedatangan Syawal yang bakal diraikan.


Cetak catatan ini..

1 ulasan:

Azku berkata...

Aloh la.. besar doh.. ;)

Disediakan oleh Tengku Azlan || Hakcipta Terpelihara © 2008