Rabu, Februari 11, 2009

Terserempak dengan Kak Anani..

Assalamualaikum..

Pagi tadi, kami seperti biasa telah menghadirkan diri ke Poliklinik Komuniti Seri Kembangan untuk rawatan susulan bulanan isteriku.

Ketika menunggu nombor giliran dipanggil, aku terlihat seorang wanita yang seolah-olah aku pernah kenali sedang mendukung anak yang masih kecil di luar bangunan klinik tersebut. Dia yang mula nampak kelibatku menegur sambil wajahnya juga seperti wajahku ketika itu iaitu cuba mengingat sesuatu.

"Hmm.. Rasa macam kenal," kepalaku masih memutarkan semua kenangan yang ada dalam memori.

"Azlan, kan?"

"Ye, ye. Oo, Kak Anani. Sihat?" aku sudah mula mendapat kepastian.

Kak Anani Liza adalah seniorku ketika di kolej kediaman semasa menuntut di Universiti Malaya suatu ketika dahulu.

"Alhamdulillah"

"Ini isteri saya, Jie," aku memperkenalkan mereka. Mereka bersalam-salaman tanda perkenalan.

"Mana ayah baby ni?" aku ingin berkenalan dengan suaminya.

Seorang lelaki yang duduk tidak berjauhan dari situ menuju ke arah kami dan aku bersalam-salaman dengannya. Comel sungguh bayi mereka. Nampaknya Kak Anani sedang sarat mengandung anak yang kedua. Katanya, insyaAllah bulan depan tarikh jangkaan kelahirannya.


Cetak catatan ini..

0 ulasan:

Disediakan oleh Tengku Azlan || Hakcipta Terpelihara © 2008