Khamis, Februari 19, 2009

Azmi bergelar ayah..

Assalamualaikum..

Azmi adalah salah seorang sahabat lamaku semasa di Maahad Muhammadi Lelaki yang juga berkahwin pada tahun lalu, iaitu melafazkan akad nikahnya sehari selepas aku diijabkabulkan. Tadi dia telah menyampaikan satu lagi berita gembiranya iaitu dia sekarang sudah bergelar ayah!

Azmi sekarang tinggal di negeri kelahiran kami iaitu Kelantan. Setelah menghabiskan pengajian sarjana mudanya di Universiti Sains Malaysia (USM) di Kubang Kerian, Kelantan, dia mengambil keputusan untuk bekerja di sana juga.

Lima sahabat..

Foto di atas kami berlima rakamkan di dalam sebuah studio fotografi di Kota Bharu, Kelantan. Ini menunjukkan keseriusan persahabatan kami ketika itu. Kami semua juga sentiasa berdoa agar keutuhan persahabatan yang terjalin ini kekal selama-lamanya. Sekarang, disebabkan masing-masing mempunyai kehidupan dan tanggungjawab tersendiri, masa terluang semakin terhad.

Salihin yang paling awal berkahwin berbanding kami berlima telah pun dikurniakan cahaya mata beberapa tahun lalu, iaitu ketika aku masih bujang. Sekarang Salihin menyambung pengajiannya di peringkat sarjana di Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian setelah menamatkan sarjana mudanya juga di Universiti Sains Malaysia (USM) tetapi di Pulau Pinang.

Azman dan Kama pula dahulunya sama-sama menuntut di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Gombak. Azman sekarang menyambung pengajian sarjananya di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) cawangan Kuantan manakala Kama sekarang bekerja di Shah Alam, Selangor. Kini, tinggal mereka berdua ini lah yang masih bujang.

Entah kenapa, tiba-tiba aku teringat akan kenangan persahabatan itu suatu ketika dahulu di mana kami mempunyai banyak masa terluang.


Cetak catatan ini..

0 ulasan:

Disediakan oleh Tengku Azlan || Hakcipta Terpelihara © 2008