Isnin, November 02, 2009

Perkembangan Ummair yang semakin comel..

Assalamualaikum..

Beberapa hari selepas kembali ke rumah kami di Seri Kembangan dari kampung sempena Idulfitri beberapa minggu yang lalu, Ummair kelihatan berusaha bersungguh-sungguh untuk meniarap. Ketika itu, Kami memberikan galakan kepada putera sulung kami itu ketika dia sedang berusaha dengan gigihnya. Sekarang Ummair sudah boleh meniarap!


Perasaan seronok melihat putera kami membesar di depan mata sungguh membahagiakan kami. Tambahan pula, isteriku setakat ini telah berjaya memberikan susu badan sepenuhnya kepada Ummair.

InsyaAllah, Ummair akan hanya diberi susu umminya sehingga umur enam bulan, iaitu sebulan lagi sebelum diberi makanan pelengkap di samping meneruskan penyusuan susu ibu sehingga Ummair berumur dua tahun.

Aku sungguh kagum dengan semangat isteriku yang terus mencari ilmu dan maklumat mengenai penyusuan dan pemakanan bayi, semata-mata untuk putera kesayangan kami. Aku sebagai suami dan abi sememamgnya perlu memberikan sepenuh sokongan dan dorongan kepada usaha murni isteriku ini.


Walaupun terdapat pelbagai reaksi daripada sesetengah kenalan dan saudara-mara, kami tetap akan memberikan hanya yang terbaik untuk Ummair. Sebahagian daripada mereka ada yang menyarankan agar Ummair diberi makan sekarang, tapi kami tetap ingin menjadikan penyusuan tersebut sebagai tempoh eksklusif selama enam bulan.

Sememangnya susu ibu sudah memadai bagi bayi seusia Ummair. Buktinya, Ummair membesar dengan sihat tetapi tidak terlalu 'sihat' sehingga mencapai tahap obesiti.

Semakin hari, Ummair semakin sihat dan comel!


Cetak catatan ini..

3 ulasan:

Nurshuhada Zainon berkata...

At 6 months, berat baby patut 3kali ganda daripada berat lahir (baru smlm pakar kanak2 my son bitau). Neway, yg bagi makan @ 6 months tu, tanya pendapat pakar kanak2. If our baby's weight tak ikut graph, the baby might have to b given solid food earlier. Apepun, tanya pada yg pakar (qualified).

Me support breatfeeding!

faridatul berkata...

comelnya ummair..

Lan dan Jie berkata...

Terima kasih Shu. Terima kasih Faridatul..

Disediakan oleh Tengku Azlan || Hakcipta Terpelihara © 2008