Sabtu, Januari 31, 2009

Perkara yang perlu dielakkan sepanjang kehamilan..

Assalamualaikum dan selamat berkunjung..

Sebagai wanita mengandung, bakal-bakal ibu seharusnya mengambil berat mengenai beberapa perkara. Penjagaan sepanjang awal kehamilan sehingga hari kelahiran yang ditunggu-tunggu adalah sangat penting bagi menjamin tahap kesihatan ibu dan bayi dalam keadaan sihat dan selamat. Jadi, banyak perkara yang perlu diketahui oleh bakal-bakal ibu terutamanya mengenai perkara-perkara yang perlu dielakkan.

Antara perkara yang perlu dielakkan semasa hamil ialah :-

1.Aspirin --> Ia akan menyebabkan jumlah cecair amnion menjadi sedikit dan mengurangkan aliran darah di dalam otak bayi.

2.Alkohol --> Ia meracun sel-sel di dalam tubuh janin yang sedang membesar.

3.Litium --> Ia adalah ubat yang berkesan untuk merawat masalah mood yang tidak menentu tetapi boleh menjejaskan perkembangan jantung bayi.

4.Vitamin A --> Jika pengambilannya berlebihan melebihi 8000 IU sehari, risiko untuk bayi mendapat keabnormalan urinari dan trak genital semakin meningkat.

5.Tetrasaiklin --> Ia adalah sejenis antibiotik untuk merawat jangkitan dada, faraj dan ubat jerawat. Jika diambil pada trimester kedua dan ketiga, ia boleh menjejaskan perkembangan gigi bayi dan menyebabkan giginya berwarna kuning.

6.Ubat penahan sakit --> Ia boleh menyebabkan penguncupan salur darah yang penting di jantung bayi yang sepatutnya hanya menguncup selepas dilahirkan.

7.Rokok --> Asap rokok bukan sahaja mengandungi nikotindan tar, tetapi juga karbon monoksida, ammonium, racun sianida dan campuran bahan kimia lain yang menjadi penyebab barah. Ia menganggu pengaliran oksigen kepada janin, janin cenderung lahir tidak cukup bulan, kecil, dan ringan, mudah keguguran, bayi cacat atau mati sebaik dilahirkan.

8.Kegiatan lasak --> Hentikan kegiatan lasak seperti bermain tenis, menunggang kuda atau kerja yang memerlukan anda berdiri sepanjang masa.

9.Minuman tertentu --> Kurangkan pengambilan minuman bergas, berkafein, dan teh herba kerana dikhuatiri boleh mengancam bayi dalam kandungan.

10.Makanan yang dipanaskan semula --> Ia dikhuatiri mengandungi bakteria dan tidak baik untuk kesihatan. Makanan dalam tin biasanya tinggi kandungan gula, garam, perisa, lemak, bahan awet dan penawar tiruan. Gula boleh menambahkan berat badan.

11.X-Ray --> Ibu hamil tidak digalakkan mendapat rawatan secara x-ray sepanjang tempoh kehamilan.



Cetak catatan ini..

11 ulasan:

Ciklinn berkata...

Tq sebab berkongsi ilmu camnie yer....

AzlanSajirah berkata...

Sama-sama.. Almaklum la, kami ni bakal bergelar abi dan ummi..

atie berkata...

baju baby dah beli ke??? tengku pe lah nama dia ye

Shu berkata...

dan.. amalkan amalan yang diajar oleh Nabi Muhammad saw dan juga perkara2 baik yg telah terbuti secara saintifik. Bukan petua pelik2 yg tak masuk akal. Happy being a father soon. Congratz to your wife, a wonderful mom-to-be.

AzlanSajirah berkata...

KakTie, kami tunggu hadiah baju daripada KakTie la nanti..

Erm, memang nak tanya pendapat mengenai nama ni.. Cuma sekarang belum tahu baby tu lelaki ke perempuan..

Yang pastinya, memang nama tengku lah..

AzlanSajirah berkata...

Betul tu Shu..

InsyaAllah..

AzlanSajirah berkata...

Terima kasih untuk PakKaramu..

~PakKaramu~ berkata...

Alahai nama tengku sama dengan nama sultan saya

AzlanSajirah berkata...

Sultan Perak ke?
erm, nak buat macam mana, kan.. Dah memang ditakdirkan abah dan ma bagi nama begini..

Unknown berkata...

letak nama Tengku Fairuz... heheh ley utk laki or pompuan...dynamic data like PHP mySQL

jgn letak tengku wak...buruk sungguh..

AzlanSajirah berkata...

Tengku Fairuz.. Erm, akan difikirkan..

Disediakan oleh Tengku Azlan || Hakcipta Terpelihara © 2008