Assalamualaikum dan selamat berkunjung..
Sebagai wanita mengandung, bakal-bakal ibu seharusnya mengambil berat mengenai beberapa perkara. Penjagaan sepanjang awal kehamilan sehingga hari kelahiran yang ditunggu-tunggu adalah sangat penting bagi menjamin tahap kesihatan ibu dan bayi dalam keadaan sihat dan selamat. Jadi, banyak perkara yang perlu diketahui oleh bakal-bakal ibu terutamanya mengenai perkara-perkara yang perlu dielakkan.
Antara perkara yang perlu dielakkan semasa hamil ialah :-
Sebagai wanita mengandung, bakal-bakal ibu seharusnya mengambil berat mengenai beberapa perkara. Penjagaan sepanjang awal kehamilan sehingga hari kelahiran yang ditunggu-tunggu adalah sangat penting bagi menjamin tahap kesihatan ibu dan bayi dalam keadaan sihat dan selamat. Jadi, banyak perkara yang perlu diketahui oleh bakal-bakal ibu terutamanya mengenai perkara-perkara yang perlu dielakkan.Antara perkara yang perlu dielakkan semasa hamil ialah :-
| 1. | Aspirin --> Ia akan menyebabkan jumlah cecair amnion menjadi sedikit dan mengurangkan aliran darah di dalam otak bayi. |
| 2. | Alkohol --> Ia meracun sel-sel di dalam tubuh janin yang sedang membesar. |
| 3. | Litium --> Ia adalah ubat yang berkesan untuk merawat masalah mood yang tidak menentu tetapi boleh menjejaskan perkembangan jantung bayi. |
| 4. | Vitamin A --> Jika pengambilannya berlebihan melebihi 8000 IU sehari, risiko untuk bayi mendapat keabnormalan urinari dan trak genital semakin meningkat. |
| 5. | Tetrasaiklin --> Ia adalah sejenis antibiotik untuk merawat jangkitan dada, faraj dan ubat jerawat. Jika diambil pada trimester kedua dan ketiga, ia boleh menjejaskan perkembangan gigi bayi dan menyebabkan giginya berwarna kuning. |
| 6. | Ubat penahan sakit --> Ia boleh menyebabkan penguncupan salur darah yang penting di jantung bayi yang sepatutnya hanya menguncup selepas dilahirkan. |
| 7. | Rokok --> Asap rokok bukan sahaja mengandungi nikotindan tar, tetapi juga karbon monoksida, ammonium, racun sianida dan campuran bahan kimia lain yang menjadi penyebab barah. Ia menganggu pengaliran oksigen kepada janin, janin cenderung lahir tidak cukup bulan, kecil, dan ringan, mudah keguguran, bayi cacat atau mati sebaik dilahirkan. |
| 8. | Kegiatan lasak --> Hentikan kegiatan lasak seperti bermain tenis, menunggang kuda atau kerja yang memerlukan anda berdiri sepanjang masa. |
| 9. | Minuman tertentu --> Kurangkan pengambilan minuman bergas, berkafein, dan teh herba kerana dikhuatiri boleh mengancam bayi dalam kandungan. |
| 10. | Makanan yang dipanaskan semula --> Ia dikhuatiri mengandungi bakteria dan tidak baik untuk kesihatan. Makanan dalam tin biasanya tinggi kandungan gula, garam, perisa, lemak, bahan awet dan penawar tiruan. Gula boleh menambahkan berat badan. |
| 11. | X-Ray --> Ibu hamil tidak digalakkan mendapat rawatan secara x-ray sepanjang tempoh kehamilan. |









Pada suatu hari, ada seorang lelaki kaya ingin mengadakan kenduri untuk anaknya. Untuk itu, dia ke bandar untuk membeli ayam di kedai Pak Romli.
Orang Yang Bertanya : Bang, abang tak apa-apa ke...?
Sewaktu ia hidup, orang menyanyi. Setelah ia mati, orang bertepuk tangan. Apakah ia?
"Assalamualaikum. Pukul berapa perpustakaan akan dibuka, encik?" seorang pemuda di hujung talian bertanya.
Rumah apakah menggunakan banyak air?
Gila : Encik, saya nak cari Gaduh.
Hari ini kami berkunjung ke Pusat Sains Negara yang terletak di Bukit Kiara. AbeMan dan KakMah mengajak kami untuk menemani mereka sekeluarga. Mungkin program ini boleh dikatakan sebagai aktiviti cuti sekolah yang terakhir untuk anak-anak mereka sebelum sekolah dibuka esok.

