Ahad, Mac 08, 2009

Mengambil e-nikah..

Assalamualaikum..

Pagi tadi, dari rumah Mek, kami menuju ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam di Balai Islam, Lundang untuk mengambil kad nikah kami atau sekarang dikenali sebagai e-nikah. Memang tidak kami rancang, namun kami akhirnya berkesempatan untuk mengambil e-nikah tersebut pada hari ini, iaitu tepat-tepat pada tarikh ulangtahun pernikahan kami yang pertama!


Ini kerana sebelum ini, bila sahaja kami pulang ke kampung, pejabat kerajaan itu juga menutup perkhidmatan kaunternya. Jadi, kami belum dapat mengambilnya walaupun kad tersebut sudah siap pada bulan Oktober tahun lalu setelah kami mengambil sijil pernikahan sebulan sebelum itu.




Jika sebelum ini kad nikah di negeri Kelantan adalah berbentuk seperti buku nota kecil, sekarang kad ini dibuat dalam bentuk seperti kad pengenalan, sesuai dengan teknologi yang semakin canggih.

Cuma, ada perkara yang membuat kami agak terkilan mengenai e-nikah kami iaitu tarikh nikah kami silap direkod dan dicatat. Ini berpunca daripada kesilapan imam mukim kampung isteriku yang menikahkan kami pada ketika itu. Kesilapan itu berlaku pada malam akad nikah kami ketika imam tersebut mengisi borang yang bertulisan jawi itu.

Tanpa kami sedari, kami telah menyerahkan borang yang silap diisi oleh imam tersebut kepada pihak Balai Islam untuk diproses. Setelah mengambil sijil pernikahan kami pada bulan September tahun lepas, baru kami perasan akan kesilapan itu.

Tadi, setelah kad kami siap dan ternyata tarikh itu memang mengikut tarikh pada sijil pernikahan kami, aku bertanya kepada petugas kaunter di situ,

"Encik, tarikh nikah kami silap. Sepatutnya 8 Mac 2008, tapi yang direkod ialah 7 Mac 2008. Awal sehari," aku menyuarakan masalah.

"Nampaknya silap dari pihak Encik Azlan. Kami cuma mengambil maklumat daripada borang nikah yang diisi oleh imam yang menikahkan Encik Azlan," dia menjelaskan.

"Ya. Memang betul tu. Erm, tidakkah menjadi satu kesalahan, tarikh pada kad tidak sama dengan tarikh sebenar?"

"Tidak menjadi masalah kerana cuma sehari perbezaannya. Kalau Encik Azlan mahu menukarnya juga, Encik Azlan mesti membayar proses pengeluaran kad baru kerana kesilapan bukan daripada pihak kami. Proses menyiapkan kad akan mengambil masa sebulan," petugas itu memberikan penjelasan lagi.

"Oh, macam tu. Ok la. Saya minta diri dulu ye. Terima kasih," aku menuju keluar dari pejabat itu.

[+] Baca seluruh catatan ini..

Sabtu, Mac 07, 2009

Selamat tiba di kampung..

Assalamualaikum..

Pagi tadi kami bertolak ke kampung dari rumah kami di Seri Kembangan, Selangor. Alhamdulillah, lebih kurang pukul 6.30 petang, kami selamat tiba di rumah mertuaku.

Ibu mertuaku (Mek) semakin pulih keadaannya berbanding ketika mula-mula ditimpa penyakit strok beberapa bulan yang lalu. Bapa mertuaku (Ayah) pula, seperti biasa, sibuk di belakang rumah, mengerjakan tanah yang masih berbaki. Ada sahaja tanaman atau pokok yang ditanamnya. Mek yang sudah tidak boleh bergerak sebebas dahulu selalu bising jika Ayah masih juga menyibukkan diri berbudi kepada tanah sebaik sahaja kebah daripada demamnya.

Sebenarnya Mek marah kerana Mek sayangkan Ayah. Begitulah kehidupan mereka yang bahagia setelah akhirnya berjaya membesarkan dan mendidik sembilan orang anak. Semua anak mereka sudah pun menghadiahkan cucu kepada mereka kecuali isteriku. InsyaAllah, tidak berapa lama lagi Mek akan menjadi nenek kepada anak kami pula.

Selain daripada Ayah dan Mek, yang tinggal bersama-sama mereka ialah AbeSul (abang isteriku) dan KakSa serta dua orang anak mereka, dan Ti(kembar isteriku) bersama Mat dan dua orang anak mereka. Ti baru sahaja berpindah pejabat dari Putrajaya ke Kota Bharu, Kelantan.

"Ma, malam ni kami tidur di rumah Mek"

Mesej kepada ibuku itu mengakhiri malam kami.

[+] Baca seluruh catatan ini..

Jumaat, Mac 06, 2009

Terserempak dengan Azuan..

Assalamualaikum..

Ketika membeli makanan tengahari lebih kurang pukul 1.00 tadi, aku terpandang wajah yang cukup sinonim di mataku tetapi berlainan sedikit daripada gambaran yang hinggap di fikiranku saat itu.

Oh ye. Azuan! Teman lamaku ketika di Kolej MARA Seremban beberapa tahun yang lalu. Patut lah kelihatan wajahnya sedikit berlainan. Kami tidak bertemu hampir tujuh tahun setelah tamat pengajian di sana pada tahun 2002.

Azuan juga adalah antara teman-temanku yang berkahwin dengan pasangan yang juga aku kenali iaitu Matun. Kami bertiga memang berada dalam satu kuliah ketika di kolej dahulu.

"Assalamualaikum. Macam kenal je," aku menegur Azuan.

"Waalaikumussalam. Eh, Kulan," dia menjawab dengan sedikit terkejut.

"Jumpa kat sini kita ye. Kau tinggal kat mana?"

"Aku tinggal kat situ je," Azuan menjawab sambil jarinya menuding ke arah pangsapuri berdekatan.

"Kau pulak tinggal kat mana?" Azuan menyambung bicaranya.

"Aku kat Taman Lestari Putra. Ke dalam sikit dari sini," aku menjelaskan kepadanya.


"Matun apa khabar? Tak sangka, kan, kau kahwin dengan Matun. Dah jodoh la, katakan," aku sedikit mengusik.

"Matun sihat. Aku insyaAllah dapat baby bulan Mei ni. Kau pulak bila?"

"Ish, ish. Kau dulu rupa-rupanya. Padahal aku yang kahwin dahulu. Rezeki masing-masing, kan. Aku insyaAllah awal bulan Jun nanti," aku menjawab.

"Eh, Kulan, aku mintak diri dulu lah. Waktu rehat sekejap je ni. Nanti bila senang, datang la rumah aku," Azuan meminta diri.

"Takpe. Kau pun. Kalau free, datang lah rumah aku," aku juga mempelawanya.

"Ok, Kulan. Jumpa lagi!"

Azuan hilang daripada pandangan mataku. Satu sejarah pertemuan semula telah berlaku tengahari tadi.

[+] Baca seluruh catatan ini..

Ahad, Mac 01, 2009

Kami ke Nilai 3..

Assalamualaikum dan selamat datang..

Hari ini, selepas sarapan pagi, kami bertiga (aku, isteriku dan Zati) terus ke rumah KakMah(kakak isteriku). Katanya, dia membuat sedikit majlis kesyukuran sempena hari lahir salah seorang anaknya (Efa) semalam.


Setibanya kami di rumahnya, kami diberitahu oleh KakMah bahawa KakTie (kakak ipar isteriku) tidak jadi datang. Sepatutnya KakTie akan datang ke Seri Kembangan pagi ini dari rumahnya di Bentong, Pahang. Mengikut KakMah, KakTie tidak dapat hadir kerana suaminya, AbeKiman (abang isteriku) ada hal yang mustahak untuk diselesaikan. Jadi, hari ini kami bertiga akan ke Nilai 3 tanpa KakTie sekeluarga. Mungkin rezeki kami dengan KakTie sekeluarga sudah ditakdirkan pada tarikh yang lain.


Selesai menjamah soto masakan istimewa KakMah, kami meminta diri untuk ke Nilai 3. Setengah jam memandu, kami akhirnya tiba di tapak tumpuan ramai itu. Antara fokus kami hari ini ialah pakaian ibu mengandung kerana kandungan isteriku sudah hampir mencecah 7 bulan.

Setelah siap membeli-belah mengikut keperluan, kami berangkat pulang. Kami menuju ke stesen komuter Serdang untuk menghantar Zati. Selepas itu, kami menuju ke rumah kami dan tiba dengan selamat.

[+] Baca seluruh catatan ini..

Sabtu, Februari 28, 2009

Zati datang pada hujung minggu..

Assalamualaikum..

Tengahari tadi, kami ke stesen komuter Serdang untuk mengambil anak saudara isteriku, Zati. Zati datang dari tempat pengajiannya iaitu Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di Gombak. Memang kebiasaannya Zati akan menghabiskan waktu hujung minggunya di rumah kami bila berkelapangan.


Setelah siap makan tengahari dan berehat di rumah pada waktu petang, kami keluar ke pasaraya Alamanda di Putrajaya. Kami keluar selepas solat Maghrib di rumah.


Setelah membeli-belah sambil membawa Zati berjalan-jalan, kami pulang ke rumah dengan kepenatan yang amat sangat, lebih-lebih lagi isteriku yang semakin hari semakin diuji kesabaran dengan kandungan yang kian membesar dengan sihatnya.

[+] Baca seluruh catatan ini..

Sabtu, Februari 21, 2009

Teka-teki 4..


Ibunya diurut, manakala anaknya pula dipijak. Apakah ia?

[+] Baca seluruh catatan ini..

Khamis, Februari 19, 2009

Azmi bergelar ayah..

Assalamualaikum..

Azmi adalah salah seorang sahabat lamaku semasa di Maahad Muhammadi Lelaki yang juga berkahwin pada tahun lalu, iaitu melafazkan akad nikahnya sehari selepas aku diijabkabulkan. Tadi dia telah menyampaikan satu lagi berita gembiranya iaitu dia sekarang sudah bergelar ayah!

Azmi sekarang tinggal di negeri kelahiran kami iaitu Kelantan. Setelah menghabiskan pengajian sarjana mudanya di Universiti Sains Malaysia (USM) di Kubang Kerian, Kelantan, dia mengambil keputusan untuk bekerja di sana juga.

Lima sahabat..

Foto di atas kami berlima rakamkan di dalam sebuah studio fotografi di Kota Bharu, Kelantan. Ini menunjukkan keseriusan persahabatan kami ketika itu. Kami semua juga sentiasa berdoa agar keutuhan persahabatan yang terjalin ini kekal selama-lamanya. Sekarang, disebabkan masing-masing mempunyai kehidupan dan tanggungjawab tersendiri, masa terluang semakin terhad.

Salihin yang paling awal berkahwin berbanding kami berlima telah pun dikurniakan cahaya mata beberapa tahun lalu, iaitu ketika aku masih bujang. Sekarang Salihin menyambung pengajiannya di peringkat sarjana di Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian setelah menamatkan sarjana mudanya juga di Universiti Sains Malaysia (USM) tetapi di Pulau Pinang.

Azman dan Kama pula dahulunya sama-sama menuntut di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Gombak. Azman sekarang menyambung pengajian sarjananya di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) cawangan Kuantan manakala Kama sekarang bekerja di Shah Alam, Selangor. Kini, tinggal mereka berdua ini lah yang masih bujang.

Entah kenapa, tiba-tiba aku teringat akan kenangan persahabatan itu suatu ketika dahulu di mana kami mempunyai banyak masa terluang.

[+] Baca seluruh catatan ini..

Rabu, Februari 18, 2009

Menghasilkan marquee..

Assalamualaikum dan selamat bertemu kembali..

Hari ini aku ingin menulis mengenai satu lagi pengaplikasian bahasa HTML (HyperText Markup Language), iaitu bahasa asas bagi sesebuah laman sesawang (website).


Catatan kali ini ialah mengenai marquee. Aku tidak pasti mengenai istilah yang sesuai untuk diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, lantas aku menggunakan perkataan asal untuk istilah tersebut.

Aku mengakui bahawa tajuk ini adalah begitu mudah dan asas. Namun, setelah menerima pertanyaan daripada beberapa orang kenalan, aku membuat keputusan untuk menulis di sini agar menjadi rujukan bagi sesiapa yang memerlukan.

Apakah itu marquee?

Secara mudahnya, mengikut terjemahanku, marquee ialah satu fungsi yang menjadikan apa sahaja elemen HTML yang berada di antara <marquee> dan </marquee> bergerak, atau lebih tepat, bergelintar. Kebiasaannya, terdapat dua elemen yang berkaitan dengan marquee iaitu teks dan imej.

Asas bagi marquee

Secara asas(default)nya, untuk elemen berjenis teks, hanya kod di bawah ini diperlukan.

<marquee>Teks ini bergelintar dari kanan ke kiri..</marquee>


Hasilnya adalah seperti di bawah ini :

Teks ini bergelintar dari kanan ke kiri..

Pembaca boleh menggantikan teks yang bergelintar tersebut dengan apa jua teks yang diingini!

Untuk elemen berjenis imej pula, secara asas(default)nya, hanya kod di bawah ini diperlukan.

<marquee><img src="http://LokasiDirektoriAnda/ImejAnda.jpg" /></marquee>


Hasilnya adalah seperti di bawah ini :



Pembaca hanya perlu menggantikan http://LokasiDirektoriAnda/ImejAnda.jpg kepada lokasi dalam internet bagi imej yang ingin anda gunakan.

Ciri-ciri dalam marquee

Untuk mengawal fungsi marquee tersebut, terdapat beberapa ciri yang menarik untuk diketahui. Ciri-ciri tersebut ialah direction, behavior, scrolldelay, scrollamount, loop dan bgcolor.

    1) direction

Ciri ini berfungsi untuk mengawal arah pergerakan. Terdapat empat nilai yang boleh digunakan untuk ciri ini iaitu left, right, up, dan down. Empat jadual di bawah boleh membantu pembaca untuk lebih memahami penggunaannya.

Nilaileft (nilai asas)
FungsiMenggerakkan elemen dari kanan ke kiri
Kod
<marquee direction=left>Teks ini dan imej di sebelahnya bergelintar dari kanan ke kiri.. <img src="http://LokasiDirektoriAnda/ImejAnda.jpg" /></marquee>

HasilTeks ini dan imej di sebelahnya bergelintar dari kanan ke kiri..


Nilairight
FungsiMenggerakkan elemen dari kiri ke kanan
Kod
<marquee direction=right>Teks ini dan imej di sebelahnya bergelintar dari kiri ke kanan.. <img src="http://LokasiDirektoriAnda/ImejAnda.jpg" /></marquee>

HasilTeks ini dan imej di sebelahnya bergelintar dari kiri ke kanan..


Nilaiup
FungsiMenggerakkan elemen dari bawah ke atas
Kod
<marquee direction=up>Teks ini dan imej di sebelahnya bergelintar dari bawah ke atas.. <img src="http://LokasiDirektoriAnda/ImejAnda.jpg" /></marquee>

HasilTeks ini dan imej di sebelahnya bergelintar dari bawah ke atas..


Nilaidown
FungsiMenggerakkan elemen dari atas ke bawah
Kod
<marquee direction=down>Teks ini dan imej di sebelahnya bergelintar dari atas ke bawah.. <img src="http://LokasiDirektoriAnda/ImejAnda.jpg" /></marquee>

HasilTeks ini dan imej di sebelahnya bergelintar dari atas ke bawah..


    2) behavior

Ciri ini pula akan menentukan cara gelintaran sesuatu elemen. Terdapat tiga nilai yang boleh digunakan untuk ciri behavior iaitu scroll, slide, dan alternate. Mari kita lihat tiga jadual yang berkaitan dengan ciri ini.

Nilaiscroll (nilai asas)
FungsiMenggelintarkan elemen sehingga ke satu pinggir kemudian memunculkannya semula di pinggir yang lain secara berulang-ulang
Kod
<marquee behavior=scroll>Teks ini dan imej di sebelahnya bergelintar secara scroll.. <img src="http://LokasiDirektoriAnda/ImejAnda.jpg" /></marquee>

HasilTeks ini dan imej di sebelahnya bergelintar secara scroll..


Nilaislide
FungsiMenggelintarkan elemen sehingga ke satu pinggir kemudian memberhentikan pergerakannya
Kod
<marquee behavior=slide>Teks ini dan imej di sebelahnya bergelintar secara slide.. <img src="http://LokasiDirektoriAnda/ImejAnda.jpg" /></marquee>

HasilTeks ini dan imej di sebelahnya bergelintar secara slide..


Nilaialternate
FungsiMenggelintarkan elemen sehingga ke satu pinggir kemudian memantulkannya secara berulang-ulang
Kod
<marquee behavior=alternate>Teks ini dan imej di sebelahnya bergelintar secara alternate.. <img src="http://LokasiDirektoriAnda/ImejAnda.jpg" /></marquee>

HasilTeks ini dan imej di sebelahnya bergelintar secara alternate..


    2) scrolldelay

Ciri ini akan menentukan selang yang berada antara pergerakan marquee. Di bawah ini kami sertakan tiga jadual sebagai contoh untuk memudahkan pembaca sekalian.

Nilai85 (nilai asas)
FungsiMenggelintarkan elemen pada kadar selang yang asas
Kod
<marquee scrolldelay=85>Teks ini dan imej di sebelahnya bergelintar pada kadar selang yang asas.. <img src="http://LokasiDirektoriAnda/ImejAnda.jpg" /></marquee>

HasilTeks ini dan imej di sebelahnya bergelintar pada kadar selang yang asas..


Nilai500
FungsiMenggelintarkan elemen pada kadar selang yang lebih panjang
Kod
<marquee scrolldelay=500>Teks ini dan imej di sebelahnya bergelintar pada kadar selang yang lebih panjang.. <img src="http://LokasiDirektoriAnda/ImejAnda.jpg" /></marquee>

HasilTeks ini dan imej di sebelahnya bergelintar pada kadar selang yang lebih panjang..


Nilai40
FungsiMenggelintarkan elemen pada kadar selang yang lebih pendek
Kod
<marquee scrolldelay=40>Teks ini dan imej di sebelahnya bergelintar pada kadar selang yang lebih pendek.. <img src="http://LokasiDirektoriAnda/ImejAnda.jpg" /></marquee>

HasilTeks ini dan imej di sebelahnya bergelintar pada kadar selang yang lebih pendek..


    2) scrollamount

Ciri ini pula akan menentukan kelajuan sesuatu marquee. Perhatikan tiga jadual di bawah ini.

Nilai6 (nilai asas)
FungsiMenggelintarkan elemen pada kelajuan asas
Kod
<marquee scrollamount=6>Teks ini dan imej di sebelahnya bergelintar pada kelajuan asas.. <img src="http://LokasiDirektoriAnda/ImejAnda.jpg" /></marquee>

HasilTeks ini dan imej di sebelahnya bergelintar pada kelajuan asas..


Nilai50
FungsiMenggelintarkan elemen pada kelajuan yang lebih tinggi
Kod
<marquee scrollamount=50>Teks ini dan imej di sebelahnya bergelintar pada kelajuan yang lebih tinggi.. <img src="http://LokasiDirektoriAnda/ImejAnda.jpg" /></marquee>

HasilTeks ini dan imej di sebelahnya bergelintar pada kelajuan yang lebih tinggi..


Nilai2
FungsiMenggelintarkan elemen pada kelajuan yang lebih rendah
Kod
<marquee scrollamount=2>Teks ini dan imej di sebelahnya bergelintar pada kelajuan yang lebih rendah.. <img src="http://LokasiDirektoriAnda/ImejAnda.jpg" /></marquee>

HasilTeks ini dan imej di sebelahnya bergelintar pada kelajuan yang lebih rendah..


    2) loop

Ciri loop berfungsi untuk mengawal bilangan ulangan pergerakan marquee. Dua jadual di bawah dapat membantu kefahaman pembaca sekalian.

Nilai0 (nilai asas)
FungsiMenggelintarkan elemen secara berulang-ulang tanpa henti
Kod
<marquee loop=0>Teks ini dan imej di sebelahnya bergelintar secara berulang-ulang tanpa henti.. <img src="http://LokasiDirektoriAnda/ImejAnda.jpg" /></marquee>

HasilTeks ini dan imej di sebelahnya bergelintar secara berulang-ulang tanpa henti..


Nilai2
FungsiMenggelintarkan elemen secara berulang-ulang sebanyak dua kali sahaja
Kod
<marquee loop=2>Teks ini dan imej di sebelahnya bergelintar secara berulang-ulang sebanyak dua kali sahaja.. <img src="http://LokasiDirektoriAnda/ImejAnda.jpg" /></marquee>

HasilTeks ini dan imej di sebelahnya bergelintar secara berulang-ulang sebanyak dua kali sahaja..


    2) bgcolor

Ciri ini pula digunakan untuk mewarnakan latar belakang teks yang bergelintar itu dengan warna yang dikehendaki. Perhatikan tiga jadual di bawah ini.

Nilaiyellow
FungsiMenjadikan latar belakang berwarna kuning
Kod
<marquee bgcolor=yellow>Teks ini dan imej di sebelahnya bergelintar dengan berlatarbelakangkan warna kuning.. <img src="http://LokasiDirektoriAnda/ImejAnda.jpg" /></marquee>

HasilTeks ini dan imej di sebelahnya bergelintar dengan berlatarbelakangkan warna kuning..


Nilaiblue
FungsiMenjadikan latar belakang berwarna biru
Kod
<marquee bgcolor=blue>Teks ini dan imej di sebelahnya bergelintar dengan berlatarbelakangkan warna biru.. <img src="http://LokasiDirektoriAnda/ImejAnda.jpg" /></marquee>

HasilTeks ini dan imej di sebelahnya bergelintar dengan berlatarbelakangkan warna biru..


Nilaigreen
FungsiMenjadikan latar belakang berwarna hijau
Kod
<marquee bgcolor=green>Teks ini dan imej di sebelahnya bergelintar dengan berlatarbelakangkan warna hijau.. <img src="http://LokasiDirektoriAnda/ImejAnda.jpg" /></marquee>

HasilTeks ini dan imej di sebelahnya bergelintar dengan berlatarbelakangkan warna hijau..


Untuk pengetahuan pembaca, secara asas(default)nya, marquee sudah ditetapkan untuk nilai-nilai tertentu. Untuk nilai-nilai tersebut, kami telah menandakannya di dalam jadual-jadual sebagai nilai asas. Untuk nilai-nilai tersebut, ciri-ciri yang berkaitan tetap akan berfungsi walaupun ciri dan nilai tersebut tidak digunakan.

Selamat mencuba dan ikuti catatan kod javascript kami yang seterusnya.

P/S : Marquee yang terdapat dalam catatan ini tidak berfungsi jika dilihat menggunakan pelayar Mozilla Firefox tetapi berfungsi jika dilihat melalui pelayar Internet Explorer. Penulis akan cuba mencari penyelesaian kepada masalah ini.

[+] Baca seluruh catatan ini..

Rabu, Februari 11, 2009

Terserempak dengan Kak Anani..

Assalamualaikum..

Pagi tadi, kami seperti biasa telah menghadirkan diri ke Poliklinik Komuniti Seri Kembangan untuk rawatan susulan bulanan isteriku.

Ketika menunggu nombor giliran dipanggil, aku terlihat seorang wanita yang seolah-olah aku pernah kenali sedang mendukung anak yang masih kecil di luar bangunan klinik tersebut. Dia yang mula nampak kelibatku menegur sambil wajahnya juga seperti wajahku ketika itu iaitu cuba mengingat sesuatu.

"Hmm.. Rasa macam kenal," kepalaku masih memutarkan semua kenangan yang ada dalam memori.

"Azlan, kan?"

"Ye, ye. Oo, Kak Anani. Sihat?" aku sudah mula mendapat kepastian.

Kak Anani Liza adalah seniorku ketika di kolej kediaman semasa menuntut di Universiti Malaya suatu ketika dahulu.

"Alhamdulillah"

"Ini isteri saya, Jie," aku memperkenalkan mereka. Mereka bersalam-salaman tanda perkenalan.

"Mana ayah baby ni?" aku ingin berkenalan dengan suaminya.

Seorang lelaki yang duduk tidak berjauhan dari situ menuju ke arah kami dan aku bersalam-salaman dengannya. Comel sungguh bayi mereka. Nampaknya Kak Anani sedang sarat mengandung anak yang kedua. Katanya, insyaAllah bulan depan tarikh jangkaan kelahirannya.

[+] Baca seluruh catatan ini..

Selasa, Februari 10, 2009

Teka-teki 3..


Dipetik tapi bukan bunga, dan didukung tapi bukan anak. Apakah ia?

[+] Baca seluruh catatan ini..

Disediakan oleh Tengku Azlan || Hakcipta Terpelihara © 2008