Assalamualaikum dan selamat datang..
Hari ini, selepas sarapan pagi, kami bertiga (aku, isteriku dan Zati) terus ke rumah KakMah(kakak isteriku). Katanya, dia membuat sedikit majlis kesyukuran sempena hari lahir salah seorang anaknya (Efa) semalam.
Setibanya kami di rumahnya, kami diberitahu oleh KakMah bahawa KakTie (kakak ipar isteriku) tidak jadi datang. Sepatutnya KakTie akan datang ke Seri Kembangan pagi ini dari rumahnya di Bentong, Pahang. Mengikut KakMah, KakTie tidak dapat hadir kerana suaminya, AbeKiman (abang isteriku) ada hal yang mustahak untuk diselesaikan. Jadi, hari ini kami bertiga akan ke Nilai 3 tanpa KakTie sekeluarga. Mungkin rezeki kami dengan KakTie sekeluarga sudah ditakdirkan pada tarikh yang lain.
Selesai menjamah soto masakan istimewa KakMah, kami meminta diri untuk ke Nilai 3. Setengah jam memandu, kami akhirnya tiba di tapak tumpuan ramai itu. Antara fokus kami hari ini ialah pakaian ibu mengandung kerana kandungan isteriku sudah hampir mencecah 7 bulan.
Setelah siap membeli-belah mengikut keperluan, kami berangkat pulang. Kami menuju ke stesen komuter Serdang untuk menghantar Zati. Selepas itu, kami menuju ke rumah kami dan tiba dengan selamat.

Cetak catatan ini..
6 ulasan:
wah,bestnya shopping. Jealous tau.. tulah, abe kime ni mcm2...gere sgguh.
Shopping apa lagi haaaa....
KakTie :- Lain kali paksa AbeKiman maghi jugok. Hehe..
KakMah :- Kami tak shopping sakan mace Encik Lokman & Puan Sal.. Beli gapo-gapo hok perlu jah..
sopink apa tuh..
salam ziarah..
Takde apa.. Jalan-jalan je..
Catat Ulasan