Assalamualaikum..
Penyusuan adalah hak bayi yang telah ditetapkan oleh Islam. Hak ini dipertanggungjawabkan kepada ibu berdasarkan firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 233.

Antara hikmah dalam menetapkan tempoh penyusuan selama dua tahun adalah kerana penyusuan yang melebihi tempoh tersebut akan mendatangkan kemudharatan kepada bayi itu sendiri sebagaimana yang diperakui dalam bidang perubatan.
Menyusu badan mendatangkan banyak faedah terhadap tumbesaran dan emosi bayi. Susu ibu amat baik kerana ia lengkap dengan pelbagai unsur serta kandungan antibodi bagi melawan penyakit. Oleh itu, seorang bayi yang menyusu daripada ibunya akan memiliki tumbesaran yang stabil dan lebih kuat. Tambahan pula, bayi itu telah disusui dengan penuh kasih sayang, lemah-lembut dan suasana yang tenang.
Malah, susu ibu tiada tandingannya dengan susu-susu yang lain kerana ia berfungsi mengikut umur bayi dan keperluan badan bayi tersebut. Ia juga bersih dan bebas daripada sebarang jangkitan kuman. Pakar perubatan juga mengesahkan bahawa ibu-ibu yang menyusukan anak mereka tidak akan diserang kanser payudara dengan izin Allah dan ia juga membantu mengelakkan obesiti.
Sepatutnya, seorang wanita Islam perlu mengambil berat untuk menyusukan anaknya dengan susu badannya sendiri sebagai tanda ketaatan kepada perintah Allah dan juga bertujuan menjaga kesihatan diri serta bayinya. Dia hendaklah menyusukan bayinya agar ia menjadi insan yang paling berhak mendapat layanan terbaik sebagaimana yang disebut dalam sebuah hadith Nabi ketika Baginda disoal tentang siapakah yang paling berhak mendapat layanan terbaik daripada seorang anak. Jawab Baginda: Ibumu! Ibumu! Ibumu! Ini keana, ibulah yang merasai kesusahan ketika mengandung, melahirkan anak dan menyusu.
Kami sentiasa berdoa agar kami diberikan kekuatan untuk meneruskan niat murni kami ini. InsyaAllah.
Penyusuan adalah hak bayi yang telah ditetapkan oleh Islam. Hak ini dipertanggungjawabkan kepada ibu berdasarkan firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 233.

Antara hikmah dalam menetapkan tempoh penyusuan selama dua tahun adalah kerana penyusuan yang melebihi tempoh tersebut akan mendatangkan kemudharatan kepada bayi itu sendiri sebagaimana yang diperakui dalam bidang perubatan.
Menyusu badan mendatangkan banyak faedah terhadap tumbesaran dan emosi bayi. Susu ibu amat baik kerana ia lengkap dengan pelbagai unsur serta kandungan antibodi bagi melawan penyakit. Oleh itu, seorang bayi yang menyusu daripada ibunya akan memiliki tumbesaran yang stabil dan lebih kuat. Tambahan pula, bayi itu telah disusui dengan penuh kasih sayang, lemah-lembut dan suasana yang tenang.
Malah, susu ibu tiada tandingannya dengan susu-susu yang lain kerana ia berfungsi mengikut umur bayi dan keperluan badan bayi tersebut. Ia juga bersih dan bebas daripada sebarang jangkitan kuman. Pakar perubatan juga mengesahkan bahawa ibu-ibu yang menyusukan anak mereka tidak akan diserang kanser payudara dengan izin Allah dan ia juga membantu mengelakkan obesiti.Sepatutnya, seorang wanita Islam perlu mengambil berat untuk menyusukan anaknya dengan susu badannya sendiri sebagai tanda ketaatan kepada perintah Allah dan juga bertujuan menjaga kesihatan diri serta bayinya. Dia hendaklah menyusukan bayinya agar ia menjadi insan yang paling berhak mendapat layanan terbaik sebagaimana yang disebut dalam sebuah hadith Nabi ketika Baginda disoal tentang siapakah yang paling berhak mendapat layanan terbaik daripada seorang anak. Jawab Baginda: Ibumu! Ibumu! Ibumu! Ini keana, ibulah yang merasai kesusahan ketika mengandung, melahirkan anak dan menyusu.
Kami sentiasa berdoa agar kami diberikan kekuatan untuk meneruskan niat murni kami ini. InsyaAllah.




Agak sukar untuk mendapat peluang mendapatkan perkhidmatan pemeriksaan ultrasound di Poliklinik Komuniti Seri Kembangan, iaitu tempat pemeriksaan susulan berterusan isteriku.
Sebagai wanita mengandung, bakal-bakal ibu seharusnya mengambil berat mengenai beberapa perkara. Penjagaan sepanjang awal kehamilan sehingga hari kelahiran yang ditunggu-tunggu adalah sangat penting bagi menjamin tahap kesihatan ibu dan bayi dalam keadaan sihat dan selamat. Jadi, banyak perkara yang perlu diketahui oleh bakal-bakal ibu terutamanya mengenai perkara-perkara yang perlu dielakkan.
Sejak isteriku mengandung, aku mula berjinak-jinak dengan keadaan isteriku yang mengalami alahan. Alahan semasa mengandung sering dikaitkan dengan muntah-muntah, pening kepala, dan perut berasa tidak selesa.
Sepanjang tempoh kehamilan seorang bakal ibu, setiap perbuatan dan perkataannya perlu dijaga agar bayi yang berada di dalam kandungannya bukan sahaja sihat dari segi fizikalnya, malah akan lahir sebagai seorang insan yang mampu membawa ketenangan dan sinar kebahagiaan kepada ayah dan ibunya.
yang bermaksud : "Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. Engkau telah menciptaku dan aku adalah hamba-Mu. Dan aku (terikat) dengan janjiMu semampu yang aku boleh (laksanakan). Aku memohon perlindungan kepadaMu daripada kejahatan yang aku lakukan. Aku mengakui bahawa semua nikmat yang Engkau berikan kepadaku adalah milikmu, dan aku mengaku terhadap dosa-dosaku. Oleh itu, ampunilah aku, kerana sesungguhnya tiada yang dapat memberi keampunan kecuali hanya Engkau." (Hadis Riwayat Bukhari),
yang bermaksud : "Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau memberi petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau, karena sesungguhnya Engkau adalah Maha Pemberi (kurnia). Wahai Tuhan kami, sesungguhnya Engkau mengumpulkan manusia untuk (menerima pembalasan pada) hari yang tiada keraguan padanya. Sesungguhnya Allah tidak menyalahi janji.",
yang bermaksud : "Di sanalah Zakaria berdoa kepada Tuhannya seraya berkata : 'Wahai Tuhanku, berilah kepadaku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar doa'.", dan
yang bermaksud : Wahai Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doaku. Wahai Tuhan kami, berikanlah keampunan kepadaku dan kepada kedua-dua ibu dan bapaku, serta sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari perhitungan).".
Sebenarnya, sebelum membuat keputusan untuk pergi ke klinik, kami telah melakukan dua kali ujian kehamilan di rumah kerana kami khuatir jika keputusan ujian tersebut tersilap. Kami tidak mahu kecewa apabila keputusan sebenar adalah sebaliknya sedangkan kami telah bergembira dengan keputusan yang positif itu.
