Selasa, Ogos 26, 2008

Video pengijazahan Kakcik..

Assalamualaikum..

Ini adalah video yang sempat aku rakam di luar dewan semasa adikku menerima ijazahnya di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).


[+] Baca seluruh catatan ini..

Isnin, Ogos 25, 2008

Temuduga di Tenaga Progresif..

Assalamualaikum..

Hari ini, aku menghadiri sesi temuduga di sebuah syarikat bernama Tenaga Progresif Sdn. Bhd di Bandar Sri Damansara yang memerlukan seorang jurutera perisian (software engineer).

Jumaat lepas, wakil daripada syarikat tersebut telah menghubungiku, meminta aku menghadiri sesi temuduga di alamat yang diberikan.

Setelah mencari dan ada juga tersesat jalan, akhirnya aku menemukan lokasi syarikat itu. Ternyata memang jauh dari rumahku. Selain daripada jalanraya yang sesak pada waktu pagi, aku juga perlu melalui 3 tol untuk sampai di sana.

Setelah namaku dipanggil, sesi temuduga berjalan dengan baik. Aku diberitahu, syarikat itu adalah di bawah kumpulan syarikat Ara Group.



"Nanti kami akan menghubungi encik pada hari jumaat depan jika encik terpilih untuk sesi temuduga kedua.", penemuduga memberitahuku setelah selesai sesi bersama-samanya.

"Ok. Terima kasih.", aku membalas pemberitahuannya itu.



Apabila memikirkan lokasinya yang begitu jauh, ditambah lagi dengan kesesakan jalanraya dan plaza tol yang perlu aku lalui setiap hari, aku meletakkan harapan agar mendapat peluang lain yang lebih praktikal dari segi jarak kerana faktor sumber petroleum adalah antara yang perlu dititikberatkan sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

[+] Baca seluruh catatan ini..

Foto-foto konvokesyen Kakcik..

Assalamualaikum..

Di bawah ini adalah beberapa gambar yang sempat dicapture semasa hari konvokesyen Kakcik.

"Ok, sedia!" kata Abah..


Isteriku dengan keluarga mertuanya..


Kami..


Isteriku dengan adik-adik iparnya..


Wan Sajirah..


Kami sekeluarga..


Suami kepada isteriku..


Sebelah kanan : Anis..


Kakcik dengan Abengoh dan Kakngohnya..


Baru keluar dari dewan..


"Hello! Kat mana tu? Saya baru keluar ni,"..


Sebelah kanan : MokNa..


"Sedia! 1, 2, 3!"..


Kakcik dengan Abah dan Ma..


Kakcik dengan adik-adik dan sepupu-sepupu..


Kakcik dengan Zati (kiri) dan kawan-kawan..


"Terima kasih, Abah, Ma!"..


"Senyum!"..


"Mari kita bergambar di sini, Kakcik!" kata MokNa..

[+] Baca seluruh catatan ini..

Ahad, Ogos 24, 2008

Konvokesyen Kakcik..

Assalamualaikum..

Malam semalam, kami bertolak ke rumah kawan Ma; Che Moh di Gombak pada pukul 9.15 malam.

"Abengoh, singgah beli nasi deh. 3 bungkus. Takleh masak di rumah Che Moh. Takde gas."



Kakcik (adikku) menghantar mesej begitu. Keluargaku sebenarnya sekarang berada di rumah Che Moh yang tidak jauh dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA), tempat Kakcik akan berkonvokesyen.

Walau bagaimana pun, tuan rumah itu tiada di rumah. Che Moh berada di kampung kerana salah seorang anaknya sedang melangsungkan perkahwinan. Disebabkan rapat dengan Ma, dan sudah seperti adik-beradik, dia mempercayai Ma, dan memberikan kunci rumahnya itu kepada Ma. Keluargaku baru sahaja tiba di sana petang semalam.

Hampir tiba di sana, kami singgah di sebuah restoran untuk membeli nasi. Pukul 10.30, kami tiba di rumah Che Moh.

Yang ada di situ ialah Abah, Ma, Kakcik, Tek, Azhan, AdikJiha.

Kakcik datang dari tempat kerjanya di Kepong. Yang lain, semua dari kampung. Wan tidak ikut kerana dia akan menghadapi peperiksaan. Ita pula baru sahaja memasuki semula pengajiannya di Universiti Utara Malaysia (UUM) setelah bercuti.

Kami tidur di situ. Pagi tadi, kami kami keluar ke UIA pada pukul 11.00 pagi. Kami bergambar dahulu di sekitar kawasan UIA tersebut kerana sesi Kakcik ialah petang.

Tidak lama selepas itu, Zati dan Anis tiba. Mereka adalah anak saudara isteriku. Anak KakYah. Mereka hanya dari asrama kerana mereka memang sedang belajar di UIA.

Kemudian, MakNa sekeluarga tiba. Mereka datang dari Seremban.

Setelah siap sesi pengijazahan dan bergambar, kami pulang ke rumah. Keluargaku pulang ke rumah Che Moh untuk berehat. Mereka akan bertolak pulang ke kampung pagi esok.

[+] Baca seluruh catatan ini..

Jumaat, Ogos 22, 2008

Pilihanraya kecil, sambutan kemerdekaan, dan ketibaan Ramadhan..

Assalamualaikum..

Menuju pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos ini, diharap agar pengundi-pengundi di sana dapat membuat penilaian yang tepat dan waras terhadap segala yang berlaku menjelang pilihanraya ini.



Tanpa disedari, ulangtahun kemerdekaan negara yang ke-51 tinggal beberapa hari sahaja lagi. Namun, kemeriahan pada tahun ini seperti hambar kerana amat jarang kelihatan bendera-bendera dikibarkan di kereta-kereta atau bangunan-bangunan. Mungkinkah semangat kemerdekaan warga kita sudah semakin pudar, atau kehangatan menuju pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh mengatasi kehangatan semangat kemerdekaan?



Ramadhan juga semakin hampir. Terasa baru sahaja kita melaluinya pada tahun lepas. Moga kita diberi kesempatan lagi pada kali ini untuk menyertai bulan ibadah ini.


[+] Baca seluruh catatan ini..

Isnin, Ogos 18, 2008

Badminton..

Assalamualaikum..

Malam tadi, Olimpik Beijing 2008 menyaksikan pertandingan akhir badminton. Aku yakin, pertandingan tersebut adalah antara fokus rakyat Malaysia kerana di situ lah harapan Malaysia untuk melihat pingat emas pertama diperoleh atlet negara.

Lee Chong Wei..


Pertandingan tersebut memang begitu mencabar ketangkasan pemain negara, Lee Chong Wei apabila ternyata Lin Dan dari negara tuan rumah itu lebih tangkas dan sukar dikuasai. Akhirnya, negara kita terpaksa mengakui kehebatan Lin Dan bila beliau berjaya mengalahkan Lee Chong Wei 2 set berturut-turut; 12-21 dan 8-21.

Lin Dan..


Sebagai penutup gelanggang badminton itu, Lin Dan berjaya meraih pingat emas, manakala pemain negara kita dianugerahkan pingat perak. Walaupun tidak berjaya merebut pingat emas, ternyata negara kita sudah cukup berbangga dengan pencapaian Lee Chong Wei dan menganggap beliau sebenarnya adalah juara dan patut dicontohi oleh golongan muda.

Aku jadi teringat kepada zaman bujangku di mana sukan yang mengaktifkan kami di Kampung Sungai Penchala suatu ketika dahulu ialah badminton. Kadang-kadang, kami menyewa gelanggang di Dewan Serbaguna di Taman Tun Dr. Ismail itu untuk menunjukkan aksi. Jika tidak ke sana, kami hanya perlu ke ruang bawah di kawasan rumah tersebut untuk bermain badminton.

Tinggal kenangan..


Zaman bujang..


Badminton..


Siapa ni?


Sekarang, setelah bergelar suami, banyak perkara lain yang perlu difokuskan menyebabkan tidak berkesempatan untuk meluangkan masa seperti waktu itu lagi.

[+] Baca seluruh catatan ini..

Khamis, Ogos 14, 2008

Temuduga di Telekom Malaysia di Cyberjaya..

Assalamualaikum..

Memandangkan ekonomi tidak menentu sekarang, dan aku juga telah bertukar status daripada bujang kepada berumahtangga, aku mengambil keputusan untuk mencari pekerjaan di samping kerja-kerja Bizarre yang akan aku teruskan walaupun mendapat kerja dengan syarikat lain. Aku tidak akan meninggalkan Bizarre kerana begitu sukar jalan-jalan yang dilalui untuk memulakan produksi Bizarre.

Hari ini, aku ada temuduga di Telekom Malaysia (TM) di Cyberjaya. Setelah menunggu, akhirnya aku dipanggil masuk. Kami dipanggil masuk seramai 5 orang sekaligus. Ketiga-tiga penemuduga mencadangkan kepadaku agar memohon jawatan yang sesuai dengan kelayakanku, iaitu ijazah sarjana muda.



Sebenarnya, aku dihubungi untuk menghadiri temuduga tanpa diketahui bahawa jawatan itu adalah untuk pemegang diploma.

[+] Baca seluruh catatan ini..

Selasa, Ogos 12, 2008

Melawat sepupu baru..

Assalamualaikum..

Satu mesej diterima daripada AyahMan pada petang ahad, 10 Ogos 2008.

"MakcikJah sudah selamat bersalin tengahari tadi."

Disebabkan mereka masih di hospital, kami membuat keputusan untuk melawat setelah mereka pulang ke rumah.

Hari ini, kami dimaklumkan bahawa mereka sudah pulang. Pulang dari kerja, kami singgah di Jusco berdekatan. Kami membeli pakaian bayi untuk dihadiahkan kepada sepupu baruku itu.

Kami pulang. Selepas makan malam, kami bertolak ke rumah AyahMan yang terletak di Taman Puchong Utama itu.

Setelah berbual-bual, kami bertolak pulang lebih kurang pukul 10.00 malam.

[+] Baca seluruh catatan ini..

Memulangkan jubah konvokesyenku..

Assalamualaikum..

Hari ini, aku sekali lagi ke universitiku, UM, untuk memulangkan jubah yang disewa.

Hari ini juga, foto-foto yang diambil di dalam dewan semasa menerima ijazah, sudah siap untuk diambil. Setelah siap memulangkan jubah dan mendapatkan foto-foto tersebut, aku pulang ke rumah.

[+] Baca seluruh catatan ini..

Sabtu, Ogos 09, 2008

Video pengijazahanku..

Assalamualaikum..

Ini adalah video semasa sesi pengijazahanku. Video ini sempat dirakam oleh Kakcik di luar dewan.








[+] Baca seluruh catatan ini..

Disediakan oleh Tengku Azlan || Hakcipta Terpelihara © 2008