Isnin, April 12, 2010

'Ummair kena gigit nyamuk ke?'

Assalamualaikum..



'Ummair kena gigit nyamuk ke?'

Itu adalah soalan biasa bagi kami seawal usia Ummair dua minggu. Tatkala saudara mara atau kenalan datang melawat Ummair, ayat tersebut menjadi antara inti perbualan kami dengan tetamu.

Sebenarnya, satu tompokan merah kecil di bahagian kiri kepala Ummair adalah tanda lahir. Tanda tersebut mula kelihatan selepas lebih kurang dua minggu Ummair dilahirkan.

Pada mulanya kami juga memikirkan perkara yang sama, iaitu terkena gigitan nyamuk. Setelah hari berganti hari dan minggu juga bertukar minggu, 'gigitan nyamuk' itu masih belum hilang.

Setelah dilihat oleh orang kampung yang berpengalaman mengenai tanda sebegitu, baru lah kami diberitahu bahawa itu adalah tanda lahir. Tanda lahir bertompok kemerah-merahan itu dikenali sebagai 'tanda burma' di kalangan masyarakat Kelantan.

Bagi sesetengah bayi, 'tanda burma' semakin membesar dengan bertambahnya usia. Tetapi, alhamdulillah, bagi Ummair, walaupun tanda tidak hilang, tanda itu masih juga sekecil itu sehingga sekarang. Menurut doktor, tanda seperti itu akan hilang juga. Cuma, prosesnya memerlukan waktu.

[+] Baca seluruh catatan ini..

Disediakan oleh Tengku Azlan || Hakcipta Terpelihara © 2008