Sabtu, Januari 31, 2009

Perkara yang perlu dielakkan sepanjang kehamilan..

Assalamualaikum dan selamat berkunjung..

Sebagai wanita mengandung, bakal-bakal ibu seharusnya mengambil berat mengenai beberapa perkara. Penjagaan sepanjang awal kehamilan sehingga hari kelahiran yang ditunggu-tunggu adalah sangat penting bagi menjamin tahap kesihatan ibu dan bayi dalam keadaan sihat dan selamat. Jadi, banyak perkara yang perlu diketahui oleh bakal-bakal ibu terutamanya mengenai perkara-perkara yang perlu dielakkan.

Antara perkara yang perlu dielakkan semasa hamil ialah :-

1.Aspirin --> Ia akan menyebabkan jumlah cecair amnion menjadi sedikit dan mengurangkan aliran darah di dalam otak bayi.

2.Alkohol --> Ia meracun sel-sel di dalam tubuh janin yang sedang membesar.

3.Litium --> Ia adalah ubat yang berkesan untuk merawat masalah mood yang tidak menentu tetapi boleh menjejaskan perkembangan jantung bayi.

4.Vitamin A --> Jika pengambilannya berlebihan melebihi 8000 IU sehari, risiko untuk bayi mendapat keabnormalan urinari dan trak genital semakin meningkat.

5.Tetrasaiklin --> Ia adalah sejenis antibiotik untuk merawat jangkitan dada, faraj dan ubat jerawat. Jika diambil pada trimester kedua dan ketiga, ia boleh menjejaskan perkembangan gigi bayi dan menyebabkan giginya berwarna kuning.

6.Ubat penahan sakit --> Ia boleh menyebabkan penguncupan salur darah yang penting di jantung bayi yang sepatutnya hanya menguncup selepas dilahirkan.

7.Rokok --> Asap rokok bukan sahaja mengandungi nikotindan tar, tetapi juga karbon monoksida, ammonium, racun sianida dan campuran bahan kimia lain yang menjadi penyebab barah. Ia menganggu pengaliran oksigen kepada janin, janin cenderung lahir tidak cukup bulan, kecil, dan ringan, mudah keguguran, bayi cacat atau mati sebaik dilahirkan.

8.Kegiatan lasak --> Hentikan kegiatan lasak seperti bermain tenis, menunggang kuda atau kerja yang memerlukan anda berdiri sepanjang masa.

9.Minuman tertentu --> Kurangkan pengambilan minuman bergas, berkafein, dan teh herba kerana dikhuatiri boleh mengancam bayi dalam kandungan.

10.Makanan yang dipanaskan semula --> Ia dikhuatiri mengandungi bakteria dan tidak baik untuk kesihatan. Makanan dalam tin biasanya tinggi kandungan gula, garam, perisa, lemak, bahan awet dan penawar tiruan. Gula boleh menambahkan berat badan.

11.X-Ray --> Ibu hamil tidak digalakkan mendapat rawatan secara x-ray sepanjang tempoh kehamilan.


[+] Baca seluruh catatan ini..

Selasa, Januari 20, 2009

Erwan dan 100 ekor ayam..

Pada suatu hari, ada seorang lelaki kaya ingin mengadakan kenduri untuk anaknya. Untuk itu, dia ke bandar untuk membeli ayam di kedai Pak Romli.

Lelaki kaya : Saya ingin memesan 100 ekor ayam untuk esok. Ini alamat saya (seraya memberi kadnya).

Pak Romli : Baik tuan. Saya akan suruh anak buah saya menghantarnya esok ke rumah tuan.

Selepas itu, Pak Romli memanggil anak buahnya yang bernama Erwan dan memberi arahan.

Pak Romli : Wan, tolong hantar 100 ekor ayam ke alamat ini esok (sambil memberi kad lelaki kaya tadi).

Erwan : Hantar ayam? Beres Bos..

Esoknya, dengan menunggang motor, si Erwan pergi menghantar 100 ekor ayam tersebut. 50 ekor diletak di sebelah kanan, dan 50 ekor lagi diletak di sebelah kirinya.

Tetapi malangnya, di tengah perjalanan, dia terjatuh dari motornya. Ayam-ayam yang dibawanya langsung terlepas dan lari bertempiaran!

Orang ramai datang untuk mengetahui keadaan si Erwan. Tetapi si Erwan tidak apa-apa malah dia ketawa berdekah-dekah. Seseorang di antara mereka datang bertanya. Mungkin dia khuatir kerana Erwan ketawa..

Orang Yang Bertanya : Bang, abang tak apa-apa ke...?

Erwan : Ha... Ha... Ha...

Orang yang bertanya : Bang, kenapa bang....?

Erwan : Ha... Ha... Ha... Dasar ayam-ayam bodoh! Mereka nak lari ke mana? Alamatnya ada pada aku! Haa... Haa... .Haa...

[+] Baca seluruh catatan ini..

Teka-teki 2..

Sewaktu ia hidup, orang menyanyi. Setelah ia mati, orang bertepuk tangan. Apakah ia?

[+] Baca seluruh catatan ini..

Rabu, Januari 07, 2009

Pukul berapa akan dibuka?

Pada suatu tengah malam telepon di rumah seorang pustakawan berdering.

"Assalamualaikum. Pukul berapa perpustakaan akan dibuka, encik?" seorang pemuda di hujung talian bertanya.

"Pukul 9 pagi, encik. Apa hal yang penting sangat sehingga encik menelefon saya tengah malam buta begini?" tanya pustakawan tadi.

"Erk. Tak boleh bukak awal lagi ke?" pemuda itu bertanya lagi dengan nada kecewa.

"TIDAK! Tidak akan dibuka sebelum pukul 9!" si pustakawan menjawab dengan nada yang tinggi.

"Penting sangat ke sampai encik tak boleh tunggu hingga pukul 9 pagi untuk masuk?" pustakawan itu makin bengang.

"Siapa kata saya nak masuk?" kata pemuda itu kesal.
"SAYA NAK KELUAR! HUWAAA!!!"

[+] Baca seluruh catatan ini..

Selasa, Januari 06, 2009

Teka-teki 1..

Rumah apakah menggunakan banyak air?

[+] Baca seluruh catatan ini..

Tiga orang kawan..

Pada suatu hari, ada tiga orang kawan yang sangat karib. Nama mereka ialah Gaduh, Otak dan Gila. Tiba-tiba Gaduh hilang. Lalu Otak dan Gila pun pergi ke balai polis berhampiran. Otak menunggu di luar, sementara Gila masuk berjumpa dengan polis yang bertugas.

Gila : Encik, saya nak cari Gaduh.

Polis : Awak ni gila ke?

Gila : Ya.

Polis : Mana otak awak?

Gila : Otak di luar..

Polis : ???

[+] Baca seluruh catatan ini..

Ahad, Januari 04, 2009

Sehari di Pusat Sains Negara..

Assalamualaikum..

Hari ini kami berkunjung ke Pusat Sains Negara yang terletak di Bukit Kiara. AbeMan dan KakMah mengajak kami untuk menemani mereka sekeluarga. Mungkin program ini boleh dikatakan sebagai aktiviti cuti sekolah yang terakhir untuk anak-anak mereka sebelum sekolah dibuka esok.

Setelah sedikit tersesat jalan, akhirnya kami tiba di Pusat Sains Negara.

Ikan-ikan yang berenang dengan riangnya..


Kami..


Senyum!


Ish, ish.. Kat sini pun nak bergambar?


Bersama Afham & Aidil..


Afham..


Di dalam gua buatan manusia..


Isteriku tersenyum setelah digigit oleh dinosaur itu..


Setelah habis menjelajahi seluruh pusat sains tersebut, kami bertolak pulang dengan perasaan yang belum puas di kalangan anak-anak AbeMan & KakMah. Ini adalah kerana kami semua tidak berkesempatan untuk meninjau taman di luar bangunan bulat itu kerana kami sudah kepenatan. Tambahan pula, waktu sudah menjelang petang.

Mengikut kata salah seorang pekerja Pusat Sains Negara yang sempat kami bertanya sebelum itu, banyak juga benda-benda menarik terdapat di taman tersebut.

Walau bagaimana pun, kami membuat keputusan untuk pulang. Mungkin rezeki kami bukan pada kali ini.

[+] Baca seluruh catatan ini..

Disediakan oleh Tengku Azlan || Hakcipta Terpelihara © 2008